DEK TINJAU
Kapal Terbang
Ini tempat tengok kapal terbang di KLIA yang kat luar bangunan — dan rasmi dibuat pihak airport sendiri.
Bergambar sakan lah, sebab dek pemerhatinya pun bertingkat dan berbumbung.
Saiznya tak besar.
Tapi kalau setakat 40 orang boleh muat lagi untuk berkumpul kat dek tinjau ini.


SINGGAH SEBENTAR
Untuk Bergambar
Cuma nak ingatkan anda.
Kat sini tak ada tempat letak kereta yang khas.
Tandas pun tak ada.
Memang rasanya dibuat begitu supaya tak singgah lama-lama.
Tapi cukup untuk bergambar dengan kapal terbang kat area KLIA dengan keluarga.









Nak mai sini pastikan bawak:
1. Payung
2. Makanan sikit2 dan air sbb takde kedai bdekatan. Tp JANGAN BUANG SAMPAH MERATA2 ok
3. Budak 2 pastikan kencing siap2 tandas tak disediakan
Budak2 suka tgk aeroplane. Kita just driver je..
Gen Z bolehla nak ambik gambar ala ala instagrammable gitu
Saya suka rakam kapal terbang mendarat, waktu yang sesuai adalah pukul 4 petang hingga 6 petang, banyak kapal dari luar negara mendarat.
view kapal terbang naik.
ada jual aiskrim
tempat duduk dan berteduh
sesuai bawa budak2 tgk view kapal terbang
nak cun ada tmpt view kebawah sikit
Ok lah tempat ni nak healing2 pun boleh, isnin -jumaat orang tak ramai tapi sabtu ahad jadi tumpuan orang ramai tengok kapal terbang, kalau tak nak ramai orang boleh pergi terus belok kiri lepas tu terus akan nampak simpang ke kanan masuk dalam ada bukit, situ memang orang tak ada, port situ untuk klia2 landing..kapal terbang turun betul2 depan mata duduk pulak atas bukit..memang senang nampak untuk kapal terbang turun dan naik..
Unplanned datang for the 1st time. AsbabNya kami ke POS Malaysia untuk bayar tax beli lens kamera dari eBay luar negara serius tempat parking banyak, percuma & tempat duduk selesa, berteduh siap ada bumbung..macam ala2 grandstand stadium bola.. terima kasih banyak2 & keep up the good jobs 5⭐