8 ZON BERBEZA
Aquarium Terbesar Malaysia
Kat Aquaria KLCC, anda boleh tengok lebih 5000 ikan dan haiwan darat dalam kawasan berhawa dingin.
Anda akan bermula dengan ikan dan haiwan di kawasan tanah tinggi, kemudian beranjak ke sungai, hutan hujan, paya dan akhirnya ke laut dalam.


SEAKAN DI DASAR LAUT
Terowong Bergerak
Terowong bawah air sepanjang 90 meter ini ada travelator bergerak terpanjang di Malaysia.
Kat sini, anda berdiri di atas eskalator rata manakala hidupan laut akan berenang di sekeliling anda.
Suasananya dibuat seperti ia semua sedang berenang di sekitar kapal Royal Nanhai yang karam.
FEEDING TIME
Jerung Hingga Arapaima
Antara highlight lain kat sini ialah waktu makan haiwan akuatiknya.
Antara yang ditunggu-tunggu dan bakal buat anak-anak tak boleh lupa termasuklah waktu makan ikan jerung, piranha dan arapaima.
Ini waktu feeding time kat Aquaria KL :
- Waktu makan ikan selalunya bermula pada 11 pagi ke atas.
- Waktu makan ikan jerung selalunya pada 3 ptg pada 3 hari — Isnin, Rabu dan Sabtu.
Untuk waktu makan terkini dan lengkap, sila rujuk feeding time rasmi Aquaria.


BERMACAM HAIWAN AKUATIK
Dari Penyu dan Sotong, Hingga Pinecone
Selain belut yang mengeluarkan tenaga elektrik, Aquaria KLCC juga ada ikan pelik seperti pinecone fish (ia mengeluarkan warna bila di kawasan gelap).
Aquria juga ada spesis sotong gergasi The Giant Pacific Octopus. Sotong ini bukan sahaja dikatakan antara haiwan paling bijak dalam dunia, tapi ganas kerana ia diketahui memakan jerung yang masuk ke kawasannya.
Menarik lagi, ia boleh menjadi ‘ghaib’ dengan bertukar warna dan struktur badannya agar sama dengan batu karang disekelilingnya.
SENTUH IKAN
Touchpool
Kalau anak-anak nak merasa menyentuh ikan, anda dan mereka boleh singgah di touchpool Aquaria KLCC.
Kat Touchpool ini ada belangkas, batu karang hingga ke ikan dan tapak sulaiman.
Ianya diletak di dalam kolam yang dibuat seperti kawasan laut yang cetek. Jadi mudah menyentuhnya walaupun untuk si cilik.

Terbaik. Cuma harga tiket agak mahal sedikit. Dan berhati2 kalau bawa anak kecil byk “stop” jual souvinier. Mahal2 juga. Ikan mmg cantik dan semua nmpk nice shj.
Walaupun pengalaman ini boleh dikatakan memuaskan, ia agak kurang daripada jangkaan kerana saya mengharapkan sesuatu yang lebih menarik atau unik.
Saya juga perasan beberapa kawasan pameran tidak begitu mesra kanak-kanak, terutamanya dari segi ketinggian dan susunan yang menyukarkan pengunjung kecil menikmati pameran dengan selesa.
Tambahan lagi, semasa waktu puncak, jumlah pengunjung yang terlalu ramai membuatkan agak sukar untuk benar-benar menghargai pengalaman kat sini.
Saya harap pihak akuarium boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka semasa waktu sibuk dan mencari penyelesaian untuk menguruskan kesesakan dengan lebih berkesan supaya semua pengunjung dapat menikmati lawatan mereka dengan lebih baik.
Crowded, tak mcm petrosains, Ada cut kalau Dalam dah penuh.
Panas,pack,crowded,brpeluh 1 bdn,poor ventilation. Aircond langsung tak rasa. Dari luar beratur ticket. Dalam pun beratur.
Setiap kali nak tengok ikan je penuh, area tangga penuh org.. aquaria please cut off la kalau dah terlampau ramai org. Ni sumbat selagi boleh sumbat..
X beratur sangat sebab dah beli tiket online guna klook.
Apps lain banyak je tuk beli tiket tapi kalo walk in seksa aaa sikit beratur.
Saya kongsikan sedikit info berkaitan tiket oku murah RM17 kalo dewasa n kanak2 keras sikit aaa 50-70rate dia online murah skit.
Cuma kecewa aaaa sikit x mcm memula dulu panas naww ekon xleh support jumlah pengunjung yg ramai entahlah.
Apa yang blh kata suram rasanya Aquaria dibandingkan masa mula2 dulu…
Sumpah best gila lagi2 untuk budak2, boleh diorg tengok dari dekat ikan2 ni. Mcm2 jenis ikan ada, and parent boleh kenalkan ikan2 ni kat diorg.