Oleh itu, tarikan seperti Khoo Kongsi dan lukisan jalanan Penang semuanya boleh anda akses dengan hanya berjalan kaki. Walaupun kemudahannya terhad, biliknya selesa.
Jika anda datang berdua, sukakan sejarah dan berhasrat melihat Penang dalam masa singkat, hotel ini memang sesuai. Tetapi jika anda datang untuk bisnes atau bersama keluarga untuk bercuti, anda perlukan hotel yang lebih lengkap kemudahannya.
Yang Baik
- Lokasi yang dekat dengan tarikan bersejarah
- Bilik luas dan selesa
Yang Buruk
- Tiada minibar dalam bilik
- Wifi percuma tidak berapa baik
Harga Bilik
RM149 – RM300