Tentang Tarikan Ini :
Jarang sangat kita masuk muzium yang berteknologi. Tapi muzium Artscience Singapore ini memang cukup unik. Sebabnya dalam dunia, inilah muzium pertama yang menggabungkan seni dengan teknologi. Dan hasilnya produk artistik yang pelik-pelik.
Kat dalam muzium Singapore ini ada 21 galeri seni — dari yang kena mengena dengan fizik dan marine biology sampailah ke eksplorasi angkasa. Tapi ada juga masanya seni dalam ini, seni lama macam pameran Leonardo Da Vinci.
Apapun, pendek kata, muzium ini memang penuh warna warni. Disebabkan banyak lampu LED, anda bakal dikelilingi oleh eye candy.
Future World
Kawasan ini memang kawasan yang anak akan suka. Sebabnya ada permainan yang lain macam.
Contohnya mereka boleh sentuh rama-rama interaktif kat dinding, atau melukis dan jadikan lukisan mereka hidup dalam skrin. Pendek kata, ini kawasan untuk anak-anak layan dan tengok apa yang mereka boleh buat dengan teknologi satu hari nanti.
Kalau anda malas nak layan benda begini, nak datang kat luar dan bergambar pun boleh. Bangunan Artscience ini sahaja memang cukup cantik kalau tiba waktu senja atau malam. Syok nak ber selfie. Lagipun ia tak jauh dari Marina Bay Sands juga.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 7 mlm
Harga Tiket
Pameran | Dewasa (SGD) | Kanak2 (SGD) |
---|---|---|
Future World | ||
Singaporean | 25 | 20 |
Pelancong Asing | 30 | 25 |
Beli Tiket Diskaun Artscience | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 27 Jan 2024 |