bilik apartmen ascott klcc

Ascott KLCC

Datang dengan keluarga ke KLCC? Apartmen Ascott mungkin penginapan paling selesa.

Pangsapuri servis The Ascott adalah sebuah penginapan berkonsepkan apartmen mewah. Ia terletak dalam jarak jalan kaki ke kawasan KLCC, Kuala Lumpur.

Bilik di Ascott terkenal dengan saiznya yang luas. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang anda jangkakan dari sebuah apartmen – peti sejuk, ketuhar dan dapur yang lengkap dengan hood disediakan untuk melayan kehendak sebuah keluarga.

Walaupun kemudahan di dalam bilik agak berusia dan pilihan sarapan terhad, anda sekeluarga mungkin tidak kisah kerana Menara Berkembar Petronas terletak hanya di seberang jalan. Untuk ke tarikan lain di Kuala Lumpur, anda juga boleh mendapatkan Grab dengan mudah di sekitar kawasan ini.

kawasan ruang tamu ascottascott living room

kolan renang apartmen ascott kl

Ulasan The Ascott Kuala Lumpur

Yang Baik

  • Hotel dalam jarak berjalan kaki ke KLCC.
  • Bilik dan kolam mempunyai pandangan KLCC.
  • Limousin ulang alik dari lapangan terbang ke hotel.
  • Apartmen yang luas untuk keluarga dengan 2 anak.
  • Apartmen Ascott ada TV di ruang tamu dan juga TV di bilik tidur.
  • Ada dapur dan sinki. Ideal untuk keluarga yang makan bersama.

Yang Buruk

  • Pilihan sarapan terhad.
  • Ruang makan di dalam hotel sangat kecil dibandingkan dengan Traders atau Mandarin .
  • Kolam renang kecilnya untuk keluarga.

Dalam bilik

  • Beranda
  • Akses internet jalur lebar
  • Penghawa dingin
  • Bilik mandi en suite dengan tuala & tandas
  • Dapur yang serba lengkap dengan: pinggan, hob & hud elektrik, pinggan mangkuk kaca, kutleri & perkakas dapur, ketuhar, peti sejuk, pengering rambut, tv
  • Seterika Stim

Dalam Hotel

  • 24 jam concierge
  • Kawalan keselamatan 24-jam & CCTV
  • Akses Internet Jalur Lebar
  • Perkhidmatan pusat perniagaan
  • Bilik permainan kanak-kanak
  • Kedai serbaneka
  • Gimnasium
  • Jakuzi
  • Perkhidmatan dobi & cucian kering
  • Restoran
  • Perkhidmatan setiausaha
  • Tempat letak kereta terlindung
  • Spa
  • Kolam renang
  • Gelanggang tenis
  • Sarapan kontinental

Pengangkutan Awam Berhampiran Ascott

  • Monorel Raja Chulan (800 m) 11 minit berjalan kaki
  • RapidKL LRT KLCC (1 km) 20 minit berjalan kaki

Tarikan Sekitar Apartmen Ascott KLCC

Harga Bilik

Dari RM 400

Harga BiasaRM 380 ++
Tempah
Tempah

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan