Aspen Central Park Batu Kawan

Tarikan Percuma

Jom ambil angin sat kat taman Aspen Central

Penting
Aspen Central Park kat Batu Kawan ini sekarang mungkin tak seperti dalam gambar kat sini. Dan jauh rupanya dari gambar-gambar yang viral kat FB satu masa dulu.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Aspen Vision City, Lebuhraya Bandar Cassia, 14110 Simpang Ampat, Penang

PERNAH VIRAL

Kawasan Taman

Satu masa dulu, kawasan ini ada terowong bunga — dengan bunga-bunga luar negara. Siap dengan tema 4 musim. Dan bila malam tempat ini ada lampu LED.

Jadi semasa itu, kawasan taman ini memang cantik. Dan memang kegilaan orang bergambar.

Lagipun ia dekat dengan kawasan IKEA dan Design Village, dan tak perlu nak seberang jambatan ke pulau.

Tapi sekarang, ia cuma ada taman hijau untuk orang sekitar Batu Kawan berjogging.

aspen central park batu kawan
Kredit : juee_samad

aspen central park batu kawan
Kredit : elynnfadzil

AMBIL ANGIN

Santai

Kalau nasib anda baik dan mereka dalam promosi (macam Tahun Baru Cina) mungkinlah ada terowong dan tempat bergambar yang macam dalam FB itu semula.

Apapun, bolehlah singgah jenguk kalau nak merasa berehat kat taman selepas puas shopping kat kawasan ini.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Aspen Central Park Batu Kawan Aspen Central Park Batu Kawan
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)