Tentang Tarikan Ini :
Bangunan putih tepi sungai yang nampak macam kubu ni sebenarnya sebuah istana.
Ia dibuat oleh Rajah Putih ke-2 Sarawak, iaitu Charles Brooke.
Ia hadiah kahwin kepada isterinya dan dibina pada tahun 1870.
Maksudnya rumah ini sudah ada selama lebih 150 tahun.
Anda tak boleh masuk ke sini, melainkan anda orang kenamaan ataupun waris Raja Brooke.
Bukan apa istana ini sekarang diduduki oleh Ketua Negeri Sarawak.
Apa yang anda boleh buat ialah anda boleh ambil bot dan lalu di tepinya.
Bolehlah tengok dari jauh atau nak bergambar dari dalam bot.
Cara Ke Sini
Anda boleh menaiki bot dari Kuching Waterfront yang bertentangan dengan istana ini.
Tips
Kalau anda nak merasa masuk juga dalam bangunan ini, anda kena tunggu waktu Hari Raya Aidilfitri.
Kalau ada rumah terbuka anda insya-allah boleh memasukinya.