Atma Alam Batik Art Village

Tarikan Percuma

Nak beli, nak belajar fasal Batik masa cuti Langkawi? Ini tempatnya saudari

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 min – 1 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Atma Alam Batik Village Langkawi, Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah

UTK SEMUA

Shopping Batik

Atma Alam batik ini antara tempat batik yang jadi tempat shopping orang biasa, sampailah yang kaya-kaya.

Mantan Menteri Besar Kedah (Dato Mukhriz Mahathir) pun mengaku yang semua baju batiknya dia beli kat sini.

Kat Atma Alam Batik Art Village ini, ada banyak barang-barang yang berasaskan batik.

atma alam batik art village

atma alam batik art village

ANEKA PILIHAN

Membeli atau Beraktiviti

Tapi bukan setakat baju sahaja. Tempat ini ada macam-macam — dari peralatan membatik kepada barang macam kain sarung, beg sampailah kepada kasut batik juga.

Dan kalau anda tak suka kain dan baju, boleh juga beli lukisan batik kat sini.

Kalau tak suka tema alam, ada juga tema abstrak.

Gatal tangan nak melukis? Boleh layan kelas batik.

Kelas Batik

Tempat ini separa kedai batik, separa muzium, separa workshop.

Jadi kalau anda nak merasa mencanting batik sendiri, boleh join kelas yang ada dalam Atma Alam.

Tapi anda kena tempah dulu. Sebab mereka kena sediakan peralatannya (lagi-lagi kalau datang satu bas kan). Boleh call mereka di 019-3871-227 untuk itu.

Semua Batik Sahaja Ke?

Selain batik, tempat ini juga ada menjual sabun organik dan juga aksesori macam cincin dari emas, perak.

Hasil tangan orang Melayu. Boleh belek dan beli kalau suka benda-benda seni.

Tapi kalau nak tempat yang lebih banyak pilihan boleh ke Kompleks Kraf Langkawi. Dan kalau mencari perhiasan kaca, boleh tuju ke Faizy Crystal.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Atma Alam Batik Art Village Atma Alam Batik Art Village
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)