Isi Kandungan :
Restoran Atmosphere 360 kat Menara Kuala Lumpur ini yang nampak futuristik dalamnya sebenarnya adalah restoran paling tinggi kat Asia Tenggara.
Kalau anda dah datang ke Menara Kuala Lumpur, dan datang pula masa bulan madu atau ulang tahun, memang cocok sangatlah layan makanan dan view KL dari atas menara ini.
Apa Yang Bestnya Kat Sini?
Dengan tinggi 282 meter dari paras laut, makan malam kat sini memang lah romantiknya.
Semasa makan, restoran Atmosphere 360 ini akan berpusing perlahan-lahan 360 darjah. Jadi anda dan pasangan akan dapat makan sambil tengok kota Kuala Lumpur dari banyak sudut.
Dan masa makan, akan ada live band buat tambah umpphh memori anda.
Makanan Kat Sini
Restoran ini ada 250 tempat duduk, dan dibuka untuk makan tengahari, hi tea sampaila makan malam. Dan kalau waktu bulan Ramadan, pun ada dibuka untuk buffet buka puasa.
Kat sini, dikatakan ada 6 orang chef dengan kepakaran masing-masing. Jadi, boleh kata semuanya expert dalam bidang sendiri, dari Jepun ke Melayu ke Asia Barat.
Kalau nak merasa makanan Melayu pun boleh — asam pedas, rendang tok sampailah ke serawa durian dan puding mangga. Ada waktu makanan tradisi negeri jadi hidangan, macam sambal gesek, rendang cendawan kukur dan lain-lain lagi.
Sedap & Halal ke Makan kat Sini?
Ha. Tu soalan killer.
Untuk makluman memang tempat ini terkenal sebab viewnya dan bukan makanannya. Jadi anda bayar lebih kepada suasana, dan bukan puding mangganya.
Kami ada bertanya pada wakil Atmosphere 360 fasal halal ke tidak kitchen nya. Jawapannya pendek. Katanya, Cik, dapur kami disahkan halal oleh Jakim Malaysia.
Tips
1. Kalau nak datang masa cuti, book online dulu sebab selalunya penuh.
2. Datang awal supaya boleh ambil tempat duduk dekat dengan tingkap.
3. Harga untuk makan tengahari atau minum petang lebih murah dari makan malam. Tapi tak dapatlah feelnya kan?
Harga
Harga Asal | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Isnin - Jumaat | ||
Makan Tengahari | 99 | 68 |
High Tea | 75 | 58 |
Makan Malam | 185 | 140 |
Sabtu - Ahad | ||
Makan Tengahari | 120 | 90 |
High Tea | 95 | 78 |
Makan Malam | 222 | 174 |
Beli Tiket Murah Tarikan Ini | ||
Harga tiket dikemaskini sehingga : 26 July 2022 |
Tarikan Berdekatan
Kalau anda tak mahu ke sini,boleh saja layan apa yang ada kat Menara KL — macam menara tinjau dan skybox atau mini zoo nya.
Alternatif Dinner Lain
Kalau nak merasa dinner yang seumur hidup sekali sebegini, boleh juga cuba Dinner in The Sky atau Plane in The City.