ATV Adventure Park Kemensah

RM150.00

(3 review)

Nak merasa enjoy hutan dengan ATV? Jom pi park ATV besar kat Kemensah ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Harga ATV ride bermula dari RM 100.
Penting
Booking diperlukan. Jgn datang secara walk-in.
Jarak dari KL
23 km / 30 min
Lokasi
ATV Adventure, Kampung Kemensah, 68000 Selangor

Add to Cart
atv kemensah jungle river
ATV Adventure Park Kemensah
RM150.00

AKTIVITI MENCABAR

Dalam Hutan

Khas untuk anda yang nak buat aktiviti mencabar dalam hutan, taman ATV Kemensah ini memang ready untuk terima anda dan family.

Dan kalau kebanyakan tempat naik ATV, sekejap sahaja ridenya, kat sini boleh enjoy lama-lama.

Ada beberapa pakej yang boleh dipilih.

Dan yang paling pendek pun lebih 1 jam waktunya.

atv adventure park kemensah

atv adventure park kemensah

PACKAGE TERMASUK

Dengan Guide

Jangan risau, anda bukan masuk hutan sendiri.

Akan ada guide bawa anda.

Dan pakej anda sudah termasuk sewa ATV, guide, taklimat keselamatan dan juga practise sebelum anda mula aktiviti.

Park ini pun sudah ada sejak 2006 lagi.

Jadi dari segi pengalaman, ia sudah macam umur anak teruna.

Dan yang bagus lagi ia juga ada permit untuk masuk ke kawasan hutan simpan, menjadikannya kawasan main ATV paling besar dalam seluruh Malaysia.

BEGINNER FRIENDLY

ATV Terbesar

Tempat ini memang sesuai walaupun anda beginner.

Lagipun ada kawasan practise ring untuk orang yang pertama kali naik ATV ini practise sebelum masuk hutan sama-sama.

Yang kami suka, ada pakej yang anda boleh masuk hutan dengan ATV, dan layan waterfall dalam hutan sini.

Dan kalau nak naik ATV lagi lama, boleh ambil pakej 3 jam yang jauh lebih mencabar mukabuminya.

Kalau hujan pun tempat ini dibuka. Lagi best, sebab cabarannya lagi power.

atv adventure park kemensah

Tiket ATV Adventure Park

Tempahan

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
Laman ATV Adventure Park0%Tempah

Harga Tiket

Jenis PakejMasa (jam)Harga/ Pax (RM)Highlight
Pakej B1 ++100Air terjun 7 tingkat
Pakej C1 ++150Air terjun Sofia Jane
Combo B + C1 ++200Air terjun 7 tingkat, air terjun Sofia Jane
Pakej D2 ++200Bukit Tabur, Empangan Klang Gate
Pakej E3 ++300Bukit Tabur, Bukit Lalang
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2025

Had Umur

Ya. Cuma yang berumur 16 ke atas boleh naik ATV kat sini.

Pakaian

Sebab ini aktiviti kat luar, pakailah yang selesa.

Dan sedialah untuk seluar, kasut, baju anda berselut. Seluar sukan atau seluar jeans pun okay.

Cuma kasut, janganlah pakai yang jenis terbuka macam selipar dan sandal.

Nanti kuku tercabut nak salahkan siapa?

Untuk yang ambil pakej yang lalu air terjun, jangan lupa bawa kain baju ganti.

Toilet atau tempat salin pakaian ada, jangan risau.

Cara Ke Sini

Sebab ia dalam kawasan hutan, anda mungkin ada masalah kalau datang dengan Grab.

Bukan apa, line mungkin kurang baik.

Jadi lebih baik datang dengan kenderaan sendiri.

Aktiviti Lasak KL

Kalau ini belum cukup, kami ada senaraikan aktiviti-aktiviti lasak kat KL dan Sgor yang boleh anda cuba.

Yang penting, siapkan saja belanja.

3 review utk ATV Adventure Park Kemensah

4.7
Berdasarkan 3 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
33
33%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Nak booking baik call. Kalau whatsapp lama sikit nak balas sebab line kurang.

    Nak ke sini kena drive 4.8km ke dalam. Kalau kereta lowered tak digalakkan.

    Pakej B sejam lebih, rehat 15 minit dekat air terjun. Trek agak naik dan turun. Guide akan bantu kalau susah. Apapun kena relaks je. Makesure tali kasut ikat kemas dan warmup badan

    Ada kolam mungkin yang nak mandi boleh

    (0) (0)
  2. Memang best weh!!! Kami 7 orang semua first time naik ATV..memang mencabar and recommended sape yg nak try.
    2 org guide yg ikut kami sangat² friendly, sporting and helpful!
    Dan semua staff dorang sangat baik lahhh.
    Kalau mintak ambil gambar, mmg gambar angle perfect semua dorang tangkap.
    Didoakan semoga bisnes ini maju dan mereka ini
    sentiasa sihat dan dipanjangkan umur!

    Definitely will come back again!!!! Time datang balik nanti ni, kami semua dah pro😌😌🤣🤣🤣

    (0) (0)
  3. Best gilaaaaa. Worth la bayar RM 105 sebab lama juga naik atv tu and boleh mandi air terjun. Cuma kena hati hati la sebab naik bukit dalam hutan kan, tapi jangan risau guide dia semua baik baik untuk tolong kalau ada apa apa. Puas hati sangat ♥️

    (0) (0)
Masukkan ulasan
ATV Adventure Park Kemensah ATV Adventure Park Kemensah
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)