Aurora Park

RM18.00

Tarikan PD yang satu ini bila siang mini zoo, bila malam pula ada pertunjukan lampu.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30-45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 18 dewasa dan RM 12 kanak-kanak untuk kemasukan siang hari
Lokasi
Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson

Add to Cart
aurora park pd petting zoo
Aurora Park
RM18.00

TAMAN FAMILI

Siang & Malam

Anda dan anak kecil anda nak merasa pegang dan beri makan kuda, kambing, lembu dan arnab?

Kalau kat PD, boleh saja datang ke Aurora Park ini.

Tempat ini baru sebenarnya di buka — dalam pertengahan 2022 saja.

aurora park

aurora park

HAIWAN

Petting Zoo

Dan ia adalah kawasan mini zoo yang ada haiwan macam burung kasuari, kambing, sampailah ke kuda.

Dan anda dan anak boleh tengok, pegang dan beri makan binatang-bintangnya.

Dari lembu dan juga anak kambing, sampailah ke ayam dan angsa.

Kalau semua tu anak takut-takut, jang risau.

Ada kolam untuk dia beri makan ikan.

MALAM

Lampu & Api

Kalau anda ada masa lapang malam, dan nak layan tarikan yang ada lampu LED, Aurora Park pun ada tarikan sebegini.

Ia tak sebesar kawasan lampu di iCity atau Taman Cahaya Melaka, tapi cukup untuk buat anak kecil ralit melayannya.

Antara yang lawa, termasuklah replika Petronas Twin Tower.

Jangan risau, kawasannya bila malam memang agak terang dengan lampu-lampu yang ada.

Dan kalau sudah kat sini, jangan balik sebelum layan pertunjukan api oleh abang-abang sado ala Red Indian Amerika.

Ini memang antara highlights kat Aurora Park ini.

aurora park

Tiket Aurora Park

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Aurora Park (Siang)1812
Pameran Lampu (Malam)2518
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 24 Jan 2024

Waktu Operasi

Aurora Park : 10 pg – 11 mlm
Light Show : 7 ptg – 11 mlm

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Aurora Park Aurora Park
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)