Isi Kandungan :
Tempat ini memang kurang publisiti.
Tapi ia cukup sesuai untuk mereka yang datang dengan anak kecil dan mahu berseronok bermain air atau memanjat halangan bertali.
Taman Air
Dengan slide yang memang tinggi, taman tema air ini bakal buat anda seronok satu hari.
Lapgipun kalau dah puas main air, boleh buat aktiviti lain lagi.
Kalau anda ke sini dengan anak kecil, mereka ada kolam randuk yang lebih selamat untuk main dan mandi.
Taman Adventure Land
Kalau belum puas main air, ada halangan bertali setinggi 3 tingkat ini khas buat orang dewasa yang sudah lama tidak memanjat.
Kerahlah badan kat situ.
3 Tarikan Paling Top Kat Johor
Tapi jangan risau. Ada course yang mudah untuk orang baru.
Dan ada yang susah untuk mereka yang mahu menunjuk gagah.
Sports and Leisure Park
Dan untuk anda yang ada anak yang asyik nak melompat atas katil, boleh masuk zone ini.
Ada tempat trampolin besar untuk lompat sampai longgar lutut nanti.
Dan nak lompat sambil slamdunk pun boleh.
Ice Skating
Agak rare. Tapi ya, tempat ini juga ada rink ice skating untuk anda sakitkan kaki dan punggung.
Selain dari 3 tarikan di atas, ada juga go-kart untuk anda berlatih skill Tokyo Drift anda, dan juga JumpStreet — untuk anda melompat, lompat dan lompat.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) bawah 120cm | Anak Bwh 3 Thn (RM) |
---|---|---|---|
Taman Air | 80 | 70 | 12 |
Adventure Park | 80 | 80 | - |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Ogos 2022 |
Taman Tema Air Alternatif kat Johor
Kalau anda dah pernah ke sini, apa kata cuba taman tema lain pula masa anda bercuti kat Johor?
Ada satu kat Legoland Johor dan ada lagi satu yang dekat dengan pantai, iaitu Desaru Coast Adventureland.