Tentang Tarikan Ini :
Kalau anda datang hujung minggu, dan saja nak ambil angin, boleh ke B5 Johor Street Market ini.
Tempat gaya hipster ini dibuka sejak 2020 sebenarnya.
Dan tempatnya luas — dan sepatutnya ada macam-macam gerai, food truck, kedai bundle, permainan dan carboot sale masa hujung minggu.

Kredit : froggie_garage
Senang cerita, kat sini peniaga kecil JB boleh berniaga kat tempat yang selesa kat bawah satu bumbung.
Tapi buat masa ini jumlah kedai yang beroperasi sepenuhnya belum mencapai tahap sepatutnya.

Kredit : ashraffjamarry
Dan sewaktu kami tulis, banyak kedai yang ditutup di dalamnya.
Waktu Ia Hidup
Tempat ini hidup dengan aktiviti, live band dan vendor bila tiba masa cuti.

Kredit : uncle_jambol
Jadi waktu terbaik datang ialah bila menjelang hujung tahun, cuti sekolah, menjelang raya dan juga cuti umum.
Apapun, kalau anda nak datang selain musim itu, datang malam.

Kredit : leyparkbazaar
Jumlah pengunjung masa itu lebih ramai dan suasana malam lebih santai.
Tips
- Kalau anda datang hari biasa dan suasana hambar saja, jangan kecewa. Anda masih boleh cuci poket kat Angsana Mall di tepi nya.
- Untuk yang minat Hot Wheels, ini antara port untuk Hobby Velocity adakan event mereka. Bolehlah layan kereta hot wheels yang rare atau jumpa member yang sama hobi kat sini.