Tentang Tarikan Ini :
Jangan terkejut. Mungkin kerana harga tiketnya mahal, Bali Safari & Marine Park ini kurang dikenali dan tidak popular dikalangan rakyat Malaysia.
Dengan harga tiket melebihi seratus ringgit seorang, anda berpeluang menaiki kenderaan sambil melihat bintang liar berkeliaran di dalam kawasan yang hampir kepada habitat mereka.
Anda juga boleh bergambar bersama orang utan, menonton pertunjukan haiwan serta menunggang gajah bersama yang tersayang.
Jika wang bukan masalah, terdapat beberapa pakej yang boleh anda pilih. Walaupun jauh lebih mahal dari tiket biasa (harganya di bawah) anda akan dijemput dari hotel, diberi cenderamata, makanan serta pelbagai keistimewaan lain seperti tempat duduk yang disediakan khas untuk kumpulan anda.
Tapi jika bajet anda kecil, lupakan sahaja Bali Safari & Marine Park ini. Banyak lagi tarikan lain yang boleh dikunjungi.
Tips Pengunjung
Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa masuk
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 5 ptg
Tiket Masuk
Jungle Hopper USD [currency base=USD]49[/currency]
Dragon Safari USD [currency base=USD]69[/currency]
Adventure Safari USD [currency base=USD]39[/currency]
Elephant Back Safari USD [currency base=USD]89[/currency]
Peta Ke Sini
[mappress mapid=”15″]
Kredit : BernardBali, BaliHelloTravel