Tiket Bangi Wonderland

RM55.00

(7 review)

Ini tempat menarik untuk main air tapi bajet cair. Antara yang termurah untuk dilayan dengan anak atau mata air.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket di sini bermula dari RM 55 dewasa dan RM 45 kanak-kanak (untuk warganegara Msia)
Lokasi
2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Add to Cart
funnellair gergasi di bangi wonderland
Tiket Bangi Wonderland
RM55.00

MAIN AIR

Satu Keluarga

Kalau anak dah merengek nak pi Sunway Lagoon, tapi bajet tak kasar, apa kata timbangkan Bangi Wonderland ini?

Tempat ini baru dibuka pada 2016.

Jadi tak sehebat Sunway Lagoon.

Tapi kalau setakat nak buat lepas geram main air, boleh sangat.

Lagipun sebab saiz kawasannya yang tak besar, anda tak perlu risau anak hilang.

slide air tandem berewarna warni di bangi wonderland
2 orang gadis sedang menaiki slide di bangi wonderland

TARIKAN AIR

Berkumpulan

Taman Tema Air Bangi ini ada 16 tarikan – dari yang perlukan anda naik pelampung sampailah kolam randuk untuk anak-anak yang lebih kecil.

Cumanya sebab tempat ini memang tempat keluarga, jangan datang seorang diri

Sebab ridenya dibuat untuk berpasang atau berkumpulan.

Kalau nak mandi kat taman tema air yang lagi murah, boleh cuba Wet World Shah Alam.

Tiket Bangi Wonderland

Harga Promo

Tiada buat masa ini

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara5545
Pelancong Asing6656
Harga tiket dikemaskini hingga : 10 Feb 2025

Tips Pengunjung

  • Kalau berat anda lebih 80kg, boleh randuk air saja lah ye? Sebab memang ride kat Bangi Wonderland ada limit berat.
  • Parking kat sini berbayar — RM 6 per entry (tepat sehingga 21 Mac 2022).
  • Bawa dan pakai sunscreen. Macam mana-mana taman tema yang baru, pokok baru nak naik. Jadi tak banyak kawasan boleh berteduh.
  • Datang awal pagi dan layan dulu Wonderloop, The Fall & Insane Racer
  • Kalau nak naik Magic Funnel, kena ada 4 orang.
  • Makan dulu sebelum datang. Sebab makanan di sini mahal dan kafenya ala kadar saja.

7 review utk Tiket Bangi Wonderland

3.9
Berdasarkan 7 review
5 bintang
14
14%
4 bintang
57
57%
3 bintang
28
28%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 7 review
  1. 23/11/2024 10 a.m – 3 p.m

    Sejujurnya seronok mandi sini klu tak ada rules tentang berat. Seblm naik dia akan timbang tp dia tgk klu kau badan besar mmg dia stop kau dan klu lebih drpd 85kg dia suruh isi borang.

    Tu okay lagi. Time nak naik slide warna merah aku Ngan adik aku dah naik smpi atas dh penat2 beratur last2 dia x bg sedangkan kat bawah td lepas je.

    Last2 kene turun tp nasib dia suruh turun ikut slide hijau. Still slide jgklah. Yg best cuma rainbow slide dgn boomeriang (slide purple putih).

    Makanan harga not bad lah. ABC dia murah rm5 dpt mangkuk besar. Oh ya klu nak beli casing waterproof baik beli siap2 kat mrdiy x smpi rm4, klu beli kat dlm rm25.

    Actually not bad Pon and kitorang beli tiket tu kat live tiktok dpt rm20 so dgn harga itu berbaloi lah main 2/3 slide jee sbb yg lain x lepas berat. Agaknya nak Kene turunkan berat badan sblm main sini (gurau je)

    Repeat? Mungkin tak tp untuk recommend org blh je.

    (0) (0)
  2. Pekerja sangat menjaga keselamatan pengunjung. Kurang seronok kalau pergi hari minggu sebab kena beratur panjang untuk main suatu mainan, takes time. Cant bring food from outside/home. Balik before 6pm otherwise kena tunggu lebih dari 30 minit untuk dapat giliran tandas.

    (0) (0)
  3. Permainan untuk kanak2 X banyak. Masa menunggu sangat lama untuk satu2 permainan hingga sejam+. Qualiti makanan yg teruk, status halal pun X tau ada ke tidak. Mostly pengunjung adalah Org Islam. Apepun bolehla buat anak2 happy.

    (0) (0)
  4. Sesuai utk kanak2,ada life guard, makanan sedap, semua permainan boleh main, tapi ada permainan yg kena ukur letinggian dulu, dan ada syarat2 juga pd yg overweight 80kg dan keatas, guard akan suruh timbang dulu, tak boleh nk tipu okay 😆.

    Pergi hari cuti umum atau cuti sekolah mmg crowded. taknak Q lama? beli tiket on9, tak perlu berbaris mcm beli tiket di kaunter. sorang saja wakil utk redeem eticket.

    Byk naik tangga tau, bersedia lah utk terasa pedih di lutut2 anda haha. overall Bangi Wonderland best! yg penting my family enjoy betul kat sini.

    (0) (0)
  5. Hari ni 9 jun 2024 dalam pukul 3 aku datang sini tak ramai sangat orang.

    Cuma sini harga tu berbaloi kalau korang main semua permainan. .

    Kalau korang tak main semua memang rasa mahal lah entry korang bayar.

    sini ada mainan untuk semua umur berbaloi.

    Cuma kalau datang sini kalau tak semua mandi elok korang ambil table open sebagai tempat letak barang dan bag.

    Locker nya mahal sebab 1 locker ikut 1 gelang code. Kalau kau 3 orang ada 3 code berbeza so kalau beli sewa 1 locker nanti nak buka kena orang yang ada code tu je.

    Kalau tempat lain aku pergi banyak yang lock pakai nombor dan warna je so semua ahli kluarga boleh buka.

    So overall best dan 1 star missing for the locker rental

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tiket Bangi Wonderland Tiket Bangi Wonderland
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)