BILIK MEWAH
Tub Mandi Dengan View
Bilik moden serta luas di Banyan Tree KL memang untuk anda manjakan diri.
Setiap bilik lengkap dengan pilihan menu bantal, katil king yang selesa dan bilik mandi yang mewahnya luarbiasa.
Bukan bilik anda saja ada view luas panorama KL, tab mandi berbentuk oval di sini juga ada view di luar sana.
Dan kalau tak kisah berbelanja, hotel ini pun ada bilik dengan kolam mandi peribadi untuk puaskan hati.


SARAPAN DI ROOFTOP
Dengan View Bandaraya
Sarapan di Banyan Tree KL memang istimewa sebab lokasinya di tingkat 58 hotel.
Semasa anda layan buffet antarabangsa, anda juga akan merasa dibelai angin pagi.
Tambah pula dengan panorama 360 latar langit Kuala Lumpur yang terhidang depan mata.
Memang cara terbaik untuk mulakan hari dengan ceria!
LOKASI POWER
Sangat Strategik
Nak shopping?
Jalan kaki sahaja kat jambatan yang menghubungkan hotel ini dengan mall Pavillion.
Dan sebab hotel ini lokasinya di belakang mall Pavillion Bukit Bintang, masuk dan keluar dengan kereta dari hotel lebih mudah dari hotel 5 bintang Bukit Bintang lain.
