Tentang Tarikan Ini :
Merupakan salah satu dari ratusan pusat simpanan air yang dibina di sini, Basicila Cistern ini merupakan satu binaan amat penting untuk penduduk Istanbul zaman dahulu untuk mendapatkan air. Menariknya, binaannya cukup indah sebagai sebuah tempat takungan air, kerana ia asalnya adalah sebuah basilica yang menjadi pusat seni, ekonomi dan undang-undang di zaman Rom.
Cistern besar ini bukan sahaja menyimpan air, tetapi juga menjadi tempat tapisan air untuk bangunan berdekatan seperti Istana Besar Konstantinople dan Istana Topkapi. Ia juga menyalurkan air untuk orang awam melalui lubang-lubang besar seperti telaga yang terletak di siling.
Pembinaan Yang Memakan Korban
Walaupun senibinanya cukup gah, Basilica Cistern yang dibina pada tahun 532 ini mempunyai kisah sadisnya yang tersendiri. Dikatakan pembinaannya sebagai sebuah basilica mengorbankan sehingga 7,000 orang hamba. Bak kata pujangga, tempat ini bukan saja dibina dengan batu tetapi dibina dengan darah dan air mata.
Kini, struktur yang rosak telah dibaik pulih oleh pihak Muzium Kosmopolitan Istanbul dan anda boleh melawat struktur penting zaman Rom dan zaman Turki ini untuk kembali mengimbau sejarah dan cara hidup zaman dahulu.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 7 mlm
Harga Tiket
Dewasa : Lira [currency base=”TRY”]10[/currency]