WATERPARK
Utk Anak Kecil
Bayou Lagoon Melaka ini ada taman tema air yang cukup ideal untuk anak.
Dan yang penting sekali, dibuat dalam kawasan resort. Jadi kalau anak nak berendam sehari suntuk, memang tak ada masalah.
Sebabnya, anda dan keluarga boleh sewa apartment di sini dan boleh merasa taman air sekaligus selagi ia dibuka.
Selalunya dengan sewaan bilik, anda dapat 1 atau 2 tiket waterpark percuma.


MESRA MAK AYAH
Join Sekaki
Kalau anak anda bawah 12 tahun, kolam renang nya yang besar, tambah pula dengan 2 water slidenya, memang cukup untuk mandi-manda seharian.
Dan sebab saiznya agak besar, memang gelongsor air ini mak bapa pun boleh layan sama.
Cuma terowong air yang macam saiz taman permainan tu, memang saiz anak. Jangan pula dicuba.
Sangat puas hati!!Terdapat pelbagai kemudahan yang ada seperti almari,peti ais,mesin air panas dan periuk.
Akan tetapi,agak sukar untuk memilih tempat parking dan besar kemungkinan anda perlu parking di tempat yang jauh.
Oleh itu,saya syorkan anda hubungi mereka dan booking parking terus.
Ada hotel include tiket price to waterpark ,ada yang tak.kena tambah kalau xde.
Air xbersih korang ce la try selam pakai google tengok.terkejut,banyak sangat serdak.xtahu mcmna dorg filter.
sini best nya takde lifeguard yg strict jd agak bebas bdk2 nak naik slide.
yg tak bestnya depa check betul2 ya godek beg kita.malu sikit la kalau org lain pula nak tengok2 anak2 baju dlm tu 😓kami dpt bilik studio yang ekon dia tak sejuk
Water park ni air dia agak cetek dan sesuai untuk kanak2 bawah 5 tahun, anak saya suka main kesemua slide dekat sini. kat sini yang xbest bilabeli makanan kene topup dekat wrist band korang, so agak leceh la kene beratur panjng, kaunter bukak 1 je.
Waterpark kurang bersih dan kurang maintenance. Daun2 kering dan sampah bersepah2 sekitar water park. Kebersihan tandas tak terjaga. Cleaner hanya start bersihkan tandas dalam pukul 11 masa saya datang. Flush tandas pula tiada air.
Bilik mandi juga tiada air.
Hanya kolam sahaja yang nampak bersih.
Juga kurang safety, tiada lifeguard standby sekitar water park.
Tempat luas dan sesuai untuk both small and big family
Tempat khas water playground untuk kids pun adaa
Dapat ticket percuma sebab duduk di hotel berdekatan 😁
Tandas dan tempat untuk tukar pakaian juga luas cuma kalau pergi kene berteman especially for wanita 👍🏻