Tentang Tarikan Ini :
Pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar ini dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia. Ia juga tempat terbaik untuk anda melihat kepelbagaian makanan dunia disamping makanan dan rempah ratus tempatan.
Jadi jangan terkejut jika anda dapat melihat saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia di dalam kedai-kedai di sini.
Jika anda ingin melihat kedai makan tertua di Istanbul yang dibuka oleh seorang berbangsa Anatolia Greek, ia juga berada di sini, dan masih beroperasi sehingga kini.
Sejarah Bazaar Rempah
Pasar yang juga dipanggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Ia juga merupakan pasar rempah paling penting untuk Istanbul.
Namun begitu, lokasinya sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek kerana Perdana Menteri ketika itu dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh.
Tips Pengunjung
Beli di kedai yang dipenuhi penduduk tempatan
Minta barangan anda dibungkus dengan bungkusan vakuum jika ia mudah rosak.
Waktu Operasi
Tutup Ahad & Cuti Umum
Isnin – Sabtu : 8 pg – 7 mlm
Tiket Masuk
Percuma
Kredit : Robin Zebrowski, Pierre Metivier,