DALAM MALL
Panjat Dinding
Antara aktiviti lasak yang mendebarkan kat Bukit Bintang bukan saja melayan masuk butik mahal masa shopping sini dengan isteri.
Tapi boleh juga perah keringat, kuatkan kaki, panjat dinding dalam mall Sungei Wang ini.
Beast Park ada kawasan dinding untuk anda memanjat dan juga ada kawasan lasak lain.
Tapi highlight kat sini lebih kepada dinding untuk anda practise dan layan wall climbing.
2 HARGA
Anak Hingga Dewasa
Ada dua jenis harga kat sini. Yang lebih mahal untuk aktiviti rock climbing kat dinding 15 meter nya.
Akses ke sini dinamakan Camp5@Jumpa.
Dan yang lebih murah untuk akses ke aktiviti lainnya di Beast Park macam panjat jaring Beast, E-walls dan juga cuba tengok hebat ke tidak untuk settlekan Ninja course.
Had umur? Yang Beast Park, anak dari 5 tahun ke atas boleh cuba, tapi kena ada penjaga.
Yang tak mahu menitik peluh, boleh layan Beast Net saja. Lawan rasa takut dan baring kat atas jaring yang disangkut 4 tingkat dari lantai.
INSTRUKTOR
Ada Seliaan Staff
Senyum lah juga untuk IG, walaupun hati debar macam takut rasa nak mati.
Untuk wall climbing, akan diselia oleh staff dari Camp 5. Jadi anda dalam pengawasan mereka yang sudah biasa dengan aktiviti ekstreme ini.
Apapun, kalau badan kurang exercise, sedia untuk sakit-sakit manja 2, 3 hari lepas balik sini.
Larian berhalangan menarik yang memulakan golongan muda untuk memanjat batu. Kanak-kanak kecil memerlukan pengawasan berhampiran palang monyet kerana tali di lantai yang akan membuat mereka tersandung.
Cabaran yang hebat dan kakitangan yang sangat membantu untuk menunjukkan kepada kanak-kanak melalui setiap peringkat!