Gelongsor Air
Kalau nak adventure dan anda muda remaja, naik Dawwma Tornado.
Slide airnya dibuat supaya anda berputar-putar macam terasa masuk kat dalam taufan layaknya.
Dan kalau datang dengan member, cuba slide air Voyager.
Water slide ini ada 3 turas air untuk anda semua jerit berjemaah kat dalamnya.
Permainan Air Anak
Kalau anda nak bawa anak kecil, jangan risau. Mereka masih ada tempat nak berseronok sendiri atau bersama dengan anda.
Kat sini, tempat slide air dan permainan untuk mereka ialah kat Dowh and Kraken.
Ada slide besar dan juga slider racer untuk mereka lumba dengan saudara mara yang datang sama.
Untuk anak lebih kecil, boleh layan kawasan Pearl Oasis yang luas dan siap ada taman permainan dalamnya.
Dan untuk anak yang aktif, boleh bergerak ke kawasan Wet Venture Course.
Boleh tengok samada ada harapan wakil Malaysia tak dalam Ninja Warrior.
Kolam Rehat
Tak semua orang nak berseronok main slide air.
Ada yang nak tenang enjoy hidup sambil berenang santai saja.
Kat sini, boleh berenang dengan anak kat Blue Lagoon.
Dan kalau nak rasa macam mandi kat air terjun boleh layan Al Nahar.
Untuk layan kolam air panas pula boleh pergi ke Al Wadi Wellness.
Tempat cantik dan slide semua sangat best 😍cuma untuk yang suka adventure maybe agak kurang laa. makanan harga standard waterpark lain tapi semua sedap sangat2😍
Beli time promosi merdeka 😍Better beli tiket online untuk elak beratur panjang
Menarik, berbaloi untuk datang semasa promosi. Sedikit feedback utk kaedah pembayaran makanan/minuman agak menyusahkan bagi sesetengah orang kerana 100% cashless.
Tapi alhamdullilah untuk tiket masih dibenarkan cash. Agak sedih sebab terbaru saya pergi (5/10/24) ada permainan ditutup utk renovation antaranya laluan jalan dalam air.
Tempat duduk banyak tidk perlu risau. Overall okay, best perlu cuba.
Kawasan ok, x besar sangat, sesuai untuk anak-anak, x penat berjalan. Harga tiket beli masa promosi hari merdeka, murah dan berbaloi untuk family
Sampai agak lewat, parking full tp boleh parking di kawasan hotel. RM6 per entry.
Kawasan agak panas mungkin sebab x banyak 🌲, tp memang tema dia pun ala-ala oasis.
First depan pintu masuk akan check beg untuk check for no outside food, untuk online tiket terus redeem di kaunter 4. No waiting,
layanan dari petugas ok.
Daripada pintu masuk sehingga ke kaunter tiket (pintu masuk water park) terdapat banyak restoran dan meja untuk makan juga 1 kedai serbaneka. Ada juga kiosk makanan ringan di dalam kawasan water park. Boleh keluar masuk dari water park ke kawasan restoren untuk makan. Banyak meja dan kerusi disediakan di persekitaran water park.
100% pembayaran secara online, just ready RM10 untuk deposit pelampung (biru).
Kemudahan seperti surau, tandas, tempat persalinan memuaskan. Juga disediakan locker (pay by touch&go or card) untuk penyimpanan barang (small rm20)
Permainan agak banyak sesuai dengan semua peringkat umur. Ada banyak slide dan kolam besar berombak. Ada 5 extreme slide yang perlukan minimum 120cm tinggi (pelampung kuning disediakan percuma). Setiap tempat ada diletakkan pool guard. Sceirah drop agak berbahaya, perlu lebih berhati-hati kerana sangat laju.
Terdapat area ala ninja warrior (wet venture course) untuk yang sukakan lebih cabaran, sesuai untuk 13 tahun ke atas
Ada 1, 2 tempat dalam penyelenggaraan tidak dibenarkan masuk.
Buka dari pukul 10 sehingga 5 petang. Hari sabtu ada sesi malam bermula 6 petang sehingga 10 mlm.
Overall berpuas hati bersesuaian dengan harta tiket. Harga makanan agak mahal. Anak-anak tak puas main. Cuma sedikit kurang adalah ada tempat yang dalam penyelenggaraan. Di harap tidak lama.
#ada banyak penambahbaikan jika dibaca daripada review pengunjung sebelum ini.
Alhamdulillah semua ok. Semua game best sgt. Xpuas main. Harga pun ok.
Cuma yang agak kesal skit ialah peraturan pakaian di sini, ramai yg bawak family bersama, tapi bila ada kat dlm Bertam souk & waterpark, rasa macam ada kat tempat manusia berpakaian separuh bogel.
Xsesuai remaja lihat. Bikini yg dipakai, macam nak terlondeh, transparent plak tu, nampak semua benda dalam.
Minta tolong la ketatkan skit pakaian mandi kat sana, sopan la skit, orang nak pergi mandi, bukan nya nak tengok ‘show’.. kita sebagai negara yang majmuk, perlu la hormat agama lain jugak.
Nasi ayam 4 bungkus rm70!! Kedai ayaq layan muka ketat. Pukui 5 sharp tutup water park.
Sungai water park tutup thh renovate. First and last dari aku anak jati kepala bataih. Better p bukit merah or lost world. Jauh sikit pun xpa. Sekian.