Tentang Tarikan Ini :
Dikatakan sebagai kedai nasi beriani paling enak di Melaka, dan pernah mendapat liputan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan akhbar, kedai ini tambah istimewa kerana konsepnya yang menarik.
Apa Specialnya Beryani Haji Tamby?
Pemilik Beryani Hj Thamby yakin dengan janji Allah yang seseorang tidak akan miskin kerana bersedekah. Oleh itu beliau menawarkan nasi beryani percuma setiap hari, dan anda hanya perlu membayar harga lauk yang anda pesan sahaja.
Jadi tidak hairanlah yang mereka juga mengalu-alukan pelanggan yang hanya memesan nasi beriani tanpa lauk dan air kosong sahaja, walaupun mereka tidak mendapat sebarang bayaran dari pesanan ini.
Pada hari Jumaat, air sirap bandung juga diberi percuma.
Tips Pengunjung
1. Selain beryani, tempat makan best Melaka ini juga menjual nasi Arab Mandy, murtabak dan roti tisu.
2. Beriani di sini masih menggunakan beras basmati, walaupun diberi percuma.
3. Jika anda ingin bersedekah, anda boleh menempah makanan dari tuan punya restoran dan beliau akan mengagihkannya bagi pihak anda.