HOTEL MODEN
Bersih & Selamat
Untuk sebuah hotel murah, Big M dikenali sebagai hotel yang bersih dengan susun atur bilik yang baik.
Kebanyakan bilik tiada tingkap.
Tapi masih selesa untuk anda yang datang solo atau berdua.
Pintu masuk ke hotel juga ada guard.
Kurang risau, lagi-lagi untuk wanita.


LOKASI STRATEGIK
Utk Cuti Pendek
Hotel ini kat tepi LRT Masjid Jamek yang merupakan antara stesen penting tren kat bandaraya KL.
Dari sini anda bukan sahaja boleh naik tren ke kawasan macam KLCC, tetapi anda juga dalam jarak jalan kaki ke kawasan tarikan lain macam Pasar Seni, Jalan TAR dan Chinatown.
Untuk makan-makan, banyak tempat makan tersedia.
Dari makanan segera seperti McD, KFC dan Burger King sehinggalah restoran mamak ada di sekitar anda.