Dikatakan antara tempat tanaman strawberri terbesar dan paling selesa di Cameron Highlands, pusat The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat anda melihat tanaman strawberri sambil merasai beraneka hidangan berasaskan buah berkenaan.
Dimulakan oleh seorang pendatang India yang berhijrah ke sini sebelum Merdeka, (sewaktu umurnya hanya 15 tahun), ladang ini ada kafe dan kedai cenderamatanya sendiri.

Kredit : sean_max1023
Jadi selain merasai muffin dan aiskrim, anda juga boleh layan teh dan beli cenderamata untuk dibawa pulang.

Kredit : bieha_biehot90
Selain itu, tidak seperti kebanyakan ladang strawberri lain di Cameron yang dibina di cerun sungai, ladang ini agak landai.
Tempat letak keretanya pun luas.
Anda juga boleh bersenang-lenang memetik buahnya walaupun ketika hujan lebat kerana ia di bawah bumbung besar.

Kredit : zanabilisberlada
Nak Kebun Melayu?
Orang Melayu tak kalah dengan kehebatan menanam strawberry.
Kalau di Cameron, kawasan yang boleh anda pergi ialah di kawasan Taman Sedia. Ada KHM dan kebun kecil-kecilan lain yang boleh anda layan.
Dan boleh juga layan aiskrim strawberri tanpa perlu fikir – halal ke tak ini?
Harga Tiket
Percuma
Waktu Operasi
Setiap Hari : 8:30pg – 6ptg