Isi Kandungan :
Apa Bestnya Di Sini?
Di zoo biasa anda mungkin kena tegur kalau gatal tangan memberi binatang makan.
Tapi di sini anda bukan sahaja boleh melihat, tetapi digalakkan memberi burung-burung jinak, landak hinggalah kepada keldai makan.

Kredit : www.flickr.com
Kalau anda sudah letih tengok, anda juga boleh membelai sesetengah binatang di sini. Contohnya arnab-arnab gebu yang jinak-jinak.
Tapi jangan pula anda cuba belai buaya. Takut anda pula jadi sandwichnya.
Kalau anda sudah puas bergambar dengan keluarga, sebelum balik anda boleh bergambar dengan ular sawa.
Tarikan Lain Seperti Wildlife Park
Kalau belum cukup layan binatang di sini, ada tempat lain untuk tengok bintang di Langkawi.
Boleh cuba Buffalo Park (dan layan cheese), Taman Buaya (dan tengok pertunjukan tak masuk akal – main dengan buaya), naik kuda dengan Island Horses atau masuk ke oceanarium pertama Malaysia di Underwater World.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 30 | 22 |
Pelancong Asing | 45 | 28 |
Beli Tiket Diskaun Wildlife Park |
Tawaran Tiket Diskaun
JomJalan Seluruh Langkawi
Peta ke Langkawi Wildlife Park

Kredit : www.flickr.com