blastacars bukit bintang

Blastacars

Gila kereta? Jom layan gokart yang boleh drift kat Bukit Bintang

Buat peminat Tokyo Drift yang nak drift kereta, tapi tak sanggup asyik tukar tayar, Blastacars kat Bukit Bintang ini ubat anda semua.

Yang best lagi, Blastacars ini letaknya kat dalam mall, jadi hujan atau ribut pongpang-pongpang bukan penghalang. Drift lah sepuas hati. Yang penting datang dengan kawan-kawan yang sama kaki.

blastacars bukit bintang 2

Kat sini, semua gokart yang ada memang custom made untuk boleh drift. Jadi tak kisahlah kalau anda rasa kehebatan gokart anda tahap dewa, sebab ini peluang upgrade skill dan belajar drift pula.

Untuk yang baru nak belajar, jangan risau. Sebelum naik gokart, akan ada video dan training sekejap, tentang cara nak bawa gokart ini. Bukan apa, kalau asyik langgar tebing, takut habis main, jadi pening.

Berapa Panjang Trek?

blastacars raceBlastacars ini dibuat kat parking tingkat 5 Sungai Wang Plaza. Jadi treknya agak panjang, dalam 200 meter. Dan dibuat supaya boleh ada 8 gokart sekali jalan.

Ada Had Umur Ke?

Ya bang Dolah. Umur kena 7 tahun ke atas, dan tinggi pun kena 1.2 meter dan lebih.

Jenis Go Kart

Go Kart drift kat sini ada yang 270cc untuk yang baru belajar. Dan kalau dah pandai, boleh bawa yang lagi power, yang 390 cc punya. Tapi cuma yang ada lesen dengan Blastacars sahaja yang boleh layan Gokart 390 cc.

Senang cerita, kebanyakan kita akan gunakan Gokart yang kuasa kuda rendah untuk beginner.

Harga Tiket

 Novice (RM)Advanced (RM)Pro (RM)
10 minit6090100

Hotel Terbaik Berdekatan Blastacars

Kategori HotelBandingkan Harga
Hotel Ritz CarltonBookingAgoda
Hotel Grand MilleniumBookingAgoda
Hotel Shangri-LaBookingAgoda
Hotel Berjaya Times SquareBookingAgoda
Hotel KL JournalBookingAgoda
Hotel citizenMBookingAgoda
Lanson Place Bukit CeylonBookingAgoda
Hotel MovBookingAgoda
Gold3 BoutiqueBooking Agoda
City Comfort Bukit BintangBooking Agoda
Hotel InnbBooking Agoda
Hotel IzumiBooking Agoda
Ceria HotelBooking Agoda

3 Tarikan Paling Top Kat KL


Teroka Seluruh KL

Tempat menarik lain kat KL
Promo hotel, tarikan KL
Hotel terbaik pilihan kami

Peta

Center map
Get Directions