blue tears kuala selangor

Kredit : skymirrormalaysia

Blue Tears Kuala Selangor

Nak tengok tarikan luarbiasa? Jangan lupa ambil trip Blue Tears juga.

Kat Kuala Selangor, anda boleh naik bot malam-malam dan layan Blue Tears.

Ini kejadian alam yang aneh sebab air laut bertukar biru.

Kredit : munieazam

Dan kejadian ini ada hanya di beberapa tempat kat Malaysia — macam di Kuala Sepetang dan Pulau Sembilan Perak.

pakej blue tears kuala selangor

Kredit : cik_eda95

Kat Kuala Selangor, Blue Tears ada di kawasan di mana Sungai Selangor bertemu air laut Selat Melaka.

Cuma yang kat Kuala Selangor ini, anda juga boleh terus ambil trip tengok helang, kelip-kelip dan Blue Tears dalam satu trip sekaligus.

blue tears dan eagle kuala selangor

Kredit : che.farrah

Dan pada siangnya, boleh juga ambil trip ke Sky Mirror Malaysia.

Bila Dan Berapa Lama?

Trip Blue Tears selalunya dalam 45 minit.

Dan waktu trip bergantung kepada pengendali pakej anda.

tiket blue tears

Kredit : 12.may_2017

Kalau anda ambil hanya trip Blue Tears, waktu anda naik bot adalah sekitar 8 malam.

Kalau anda ambil pakej Fireflies dan lain-lain bersama Blue Tears, anda mungkin bergerak naik bot seawal 5:45 petang, sebab anda akan pergi ke kawasan melihat helang terlebih dahulu.

Jadi sila rancang dan pilih trip yang sesuai supaya solat Maghrib anda terjaga.

Ikut Nasib

Tak semua orang yang datang untuk tengok Blue Tears dapat menyaksikannya.

Sebab ini kejadian alam, dan luar kawalan sesiapa.

Bila Waktu Terbaik?

Waktu yang dikatakan terbaik ialah 1, 2, 3 haribulan Islam.

Waktu permulaan bulan, laut berada dalam keadaan air pasang.

Waktu air tinggi begini, algae yang mengeluarkan warna biru itu dikatakan lebih banyak di permukaan air.

Macam mana Boleh Jadi?

Kalau kelip-kelip keluarkan cahaya kuning, kat sini pula, algae kat dalam air yang keluarkan cahaya biru itu.

Dan disebabkan ianya algae, memang anda boleh sauk dan tengok ia di tapak tangan.

Tips

  • Sebaik-baiknya bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga anda.
  • Anda perlukan kamera yang sangat bagus untuk ambil gambar Blue Tears. Bukan apa, keadaan sekeliling anda gelap gelita.
  • Sebaik-baiknya pilih waktu seperti yang kami nyatakan untuk tinggikan peluang melihatnya. Atau telefon penyedia anda untuk nasihat dari mereka.

Harga Pakej

Harga PakejDewasa (RM)Kanak - Kanak (RM)
Warganegara3020
Beli Pakej Blue Tears
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024
Jomjalan