tarikan sabah - pulau bohey dulang sabah

Kredit : honza.navratil.54

Bohey Dulang

Ini dia pulau Sabah yang ada pemandangan yang buat anda ternganga dari puncaknya.

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Snorkeling + Bohey Dulang190190
Beli Pakej Murah Bohey Dulang
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022

Bohey Dulang yang berada di perairan Semporna Sabah ini, adalah pulau yang cukup unik.

Kat sini ada tak boleh menyelam atau bersnorkeling.

Tapi ua cukup popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.

Sebabnya?

Pemandangannya lumayan.

bohey dulang snorkeling tour

Dan sebab pemandangan inilah, puncaknya kerap penuh dengan pengunjung.

Apapun, kalau anda nak ke sini, doakan yang hari yang anda datang itu cuaca baik.

Jalan naik ke puncak mungkin ditutup kalau hari hujan pada hari itu (atau sebelumnya).

orang bajau laut sekitar bohey dulang

Cara Ke Bohey Dulang

Ada akan datang di sini selalunya dengan tour.

Dan ia selalunya termasuk dengan trip snorkeling di pulau berhampiran.

Bila dah sampai di Bohey Dulang anda akan panjat bukit setinggi 700 meter selama 25 ke 30 minit. Kalau anda fit, anda mungkin boleh sampai dalam masa 15 minit. Kalau anda pancit, mungkin 40 minit.

Bila dah sampai ke puncak, layan kawasan lagoon yang mungkin tak akan anda dapat lihat kat mana-mana kawasan dalam Malaysia.

Tips

  1. Bawa air. Pakai juga sunscreen dan topi. Bila sampai kat puncak anda bakal dahaga sebab cuaca selalunya panas.
  2. Sebelum datang ke sini pastikan anda cergas dari biasa. Mulalah jogging kalau anda biasanya cuma panaskan kerusi setiap hari.
  3. Kalau anda perlu ke tandas selesaikan hajat anda di tapak pulau.
  4. Anda wajib naik bukit ini dengan kasut yang menutup jari kaki. Kalau anda datang dengan sandal, anda boleh sewa kasut getah kat sini. Tapi seksa lah sebab kasutnya tak selesa.
  5. Tolonglah kutip sampah anda. Sedih tengok sampah kat jeti dan puncak Bohey Dulang ini.
  6. Kawasan pulau ini memang tak ada hotel ataupun sebarang penginapan. Tempat tinggal yang ada ialah milik orang kampung Bajau Laut yang ada di sekitar pulau.
  7. Puncak Bohey ini kecil sahaja. Kalau anda tak mahu bersesak, cuba datang pada hari biasa (Isnin – Khamis).

Harga Tour

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Snorkeling + Bohey Dulang190190
Beli Pakej Murah Bohey Dulang
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022

JomJalan Seluruh Sabah

Senarai tarikan best di Sabah
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap kat Kota Kinabalu
Promo hotel, tarikan Sabah
Jomjalan