BookExcess @ Koh Heng

Tarikan Percuma

Kedai buku ini bukan saja ada buku murah, tapi mungkin kedai buku yang paling special dalam Ipoh.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Koh Heng Square, Ipoh, Perak

KEDAI BUKU

Paling Unik kat Ipoh

Kalau cerita fasal kedai buku, ramai yang menguap. Apa lagi kedai buku bahasa Inggeris.

Tapi kedai buku yang satu ni kat Koh Heng Ipoh, akan buat ramai budak Melayu masuk menderu-deru.

Sebabnya satu. Nak sengih tayang OOTD baju baru, bukan nak beli buku.

bookexcess @ koh heng

bookexcess @ koh heng

DULU BANK

Bawah Tanah

Kalau kat Cyberjaya ada kedai Bookexcess nya yang buka 24 jam.

Yang kat Koh Heng pula, specialnya sebab ia comel sahaja dan dibuat dalam bekas bank.

Jadi anda bakal turun ke bawah tanah, dan layan buku dalam kawasan yang ada jeriji besi. Buku fiksyen pula di letak atas kotak simpanan barang berharga.

MUZIUM YASMIN

Dalam Kedai Buku

Dan kalau anda turun terus ke ruang paling bawah Bookexcess, anda akan jumpa muzium kecil sempena memperingati karyawan terkenal Malaysia, Yasmin Ahmad.

Pendek kata, kalau anda nak cari tempat menyorok sambil melayan hobi membaca anda, ini tempat yang best. Tapi kedai ini kecil sahaja ya, dan lebih kepada memperkenalkan brand Bookexcess sahaja.

Kalau nak buku yang banyak lebih baik ke kedai onlinenya saja.

bookexcess @ koh heng

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
BookExcess @ Koh Heng BookExcess @ Koh Heng
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)