Kalau cerita fasal kedai buku, ramai yang menguap. Apa lagi kedai buku bahasa Inggeris.
Tapi kedai buku yang satu ni kat Koh Heng Ipoh, akan buat ramai budak Melayu masuk menderu-deru.
Sebabnya satu. Nak sengih tayang OOTD baju baru, bukan nak beli buku.
Apa Classnya Kedai Bookexcess Koh Heng Ini?
Kalau kat Cyberjaya ada kedai Bookexcess nya yang buka 24 jam. Yang kat Koh Heng pula, specialnya sebab ia comel sahaja dan dibuat dalam bekas bank.
Jadi anda bakal turun ke bawah tanah, dan layan buku dalam kawasan yang ada jeriji besi. Buku fiksyen pula di letak atas kotak simpanan barang berharga.
Dan kalau anda turun terus ke ruang paling bawah Bookexcess, anda akan jumpa muzium kecil sempena memperingati karyawan terkenal Malaysia, Yasmin Ahmad.
Pendek kata, kalau anda nak cari tempat menyorok sambil melayan hobi membaca anda, ini tempat yang best. Tapi kedai ini kecil sahaja ya, dan lebih kepada memperkenalkan brand Bookexcess sahaja.
Kalau nak buku yang banyak lebih baik ke kedai onlinenya saja.