Bookexcess Penang

Tarikan Percuma

Ulat buku! Jom shopping ilmu dan bergambar dalam kedai buku Penang yang terbaru.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Tingkat 7, Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang

KEDAI BUKU MODEN

Murah & Stylo

Untuk peminat-peminat buku Bahasa Inggeris, adanya Bookexcess kat Malaysia umpama pucuk dicita ulam mendatang.

Sebab harga bukunya murah tak boleh blah.

bookexcess penang

bookexcess penang

CANTIK

Untuk Bergambar

Dan untuk yang bukan kaki buku, tapi cuma nak bergaya untuk followers, terima kasih juga pada Bookexcess.

Kedai-kedai bukunya semua hip hip. Dan yang kat Penang ini kemas dan cantik untuk snap gambar memori masa cuti.

Uniknya

Kat Penang, Bookexcess ini kat Paragon Mall. Kat sini boleh beli buku banyak-banyak.

Sebab kalau yang di Ipoh kecil sahaja, yang kat Penang ini pula ada rak buku paling tinggi dalam Malaysia.

Semua kawasan kat tingkat 7 ini memang ada buku sahaja.

Dan rak bukunya pun panjang sampai 70 meter bang!

Buku anak-anak? Pun ada Kak Mona. Si kecil boleh ambil buku dan duduk kat karpet hijau Bookexcess dan layan buku sambil bersila.

Untuk yang nak membeli pop art, ada kat tingkat atas.

Cafe

Kat sini ada kafe untuk anda order kek sambil baca buku.

Tak pun, beli kopi sambil lepak study.

Apapun, kalau anda datang bukan untuk membeli, dan hanya untuk tunjuk gambar kat followers IG, mohon beri laluan kat kaki buku yang betul datang Bookexcess untuk belek setiap inci.

Ketahuilah adik-adik, selfie tergedik-gedik dan melentik-lentik masa orang sibuk nak cari buku itu tak cantik.

Waktu Operasi

Setiap Hari: 10 pg – 10 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Bookexcess Penang Bookexcess Penang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)