Terkenal sebagai salah satu kerajaan yang cukup kebal dari serangan kerana pertahanan lautnya yang cukup utuh, rantai besi yang tajam pernah dibina merentasi laut ini bagi memecahkan kapal-kapal penyerang.
Namun begitu, bandar Konstantinople akhirnya jatuh juga kepada armada Islam yang diketuai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih yang baru berumur 21 tahun pada waktu serangan.
Feri Bosphorous
Dengan menaiki cruise Bosphorus anda berpeluang melihat sendiri keindahan Istanbul dari laut, sebagaimana yang dilihat oleh askar-askar zaman silam.
Ada banyak pilihan cruise yang ada untuk pelancong. Namun begitu, antara pilihan paling murah dan selamat adalah dengan menaiki feri rasmi SehirHatlari.
Berlepas dari Eminonu (berdekatan dengan jambatan Galata), anda ada 3 pilihan :-
Cruise Pendek
Cruise dengan feri ini bergerak hanya sehingga ke jambatan kedua di Istinye dan mengambil masa kira-kira 2 jam
Harga Tiket: Lira [currency base=”TRY”]10[/currency]
Jadual feri di sini
Cruise Penuh
Jika anda ada masa lebih, cruise penuh ini akan membawa anda sehingga ke Laut Hitam dengan 5 perhentian dalam perjalanan ke sana. Anda boleh berhenti di jeti dan berehat bersama rakyat tempatan sambil menikmati suasana pesisir laut sebelum mengambil feri pulang.
Jadual feri di sini
Harga Tiket: Lira [currency base=”TRY”]25[/currency]
Cruise Malam
Jika anda sedang berbulan madu, ini antara pilihan paling romantik menghabiskan waktu malam dengan yang tersayang.
Sayangnya, ia hanya diadakan pada hari tertentu dan bulan tertentu sahaja. Sila rujuk laman rasi feri ini untuk melihat jika ia dibuka sewaktu percutian anda ke sini.
Kredit : Muge Sodyan, Kotomi