Tentang Tarikan Ini :
Kat sini anda boleh beli t-shirt, key chain, magnet peti ais dan pelbagai cenderamata. Anda juga boleh gunting rambut, urut kaki dan beli pelbagai barangan keperluan lain dari lebih 800 gerai di sini.
Kata orang, ia tempat shopping paling besar kat Singapura.
Dulu masa 1950an, Bugis Street ini dikenali sebagai tempat pelacuran dan penjaja kecil menyorong gerai dengan pelbagai jajaan makanan,. Tapi sekarang Bugis Street bertukar wajah. Sudah dibuat menjadi tempat tumpuan pelancong untuk mencari cenderamata murah.
Jadi sebelum pulang, singgah dulu ke sini buat menghabiskan sisa-sisa dolar Singapura di poket.
Untuk yang nak bergambar, kat kawasan belakang kedai Bugis Street ini ada tangga spiral yang dicat cantik-cantik dengan warna pastel.
Tapi disebabkan ini kawasan lorong belakang, selalunya ia penuh dengan lori dan tong sampah. Jadi datang dengan kawan yang pandai ambil gambar untuk sudut yang comel.
Harga Tiket
Masuk percuma
Waktu Operasi
Setiap hari : 11:00 pg ke 10:00 mlm