Waktu Operasi
Tren : 6.30 pg β 11.00 mlm Kaunter Tiket : 6.15 pg β 9:15 mlm
Jadual Kereta Kabel
Tempoh perjalanan : 5 β 7 minit Jadual berlepas : Setiap 1 jam. Masa beratur boleh mencapai sehingga 45 minit jika anda mengunjunginya pada waktu cuti sekolah. Datang awal-awal pagi atau dapatkan tiket Fast Lane (yang aduhai, mahalnya) kalau benci beratur.
Monkey Cup Garden
Kalau anda rajin nak melawat taman periuk kera, kat sini juga ada tamannya. Dalam taman ini ada banyak jenis periuk kera yang boleh anda tengok, ada yang dari sini dan ada dari negara Asia Tenggara lain. Tapi disebabkan ianya jauh, kami sarankan anda naik buggy. Tapi kalau anda tak kisah nak ambil angin berjalan sambil layan suasana, jaraknya dari kawasan buggy sekitar 1.7km. Nak masuk ke sini, berbayar. Kali terakhir kami check, harganya RM 12 untuk dewasa, dan RM 6 untuk kanak-kanak.
Kopi Hutan
Kopi hutan yang viral satu masa kat media sosial sebenarnya dikelolakan oleh taukey yang sama yang menjaga Monkey Cup Garden. Kebanyakan yang datang ke cafe ini cuma datang untuk suasananya. Kalau ikut orang, kopi dan rotinya biasa saja. Halal? Sehingga 2021, sijil halal Jakim untuk cafe ini setahu kami tak ada.
Jungle Trekking
Kalau anda nak naik ke atas Bukit Bendera, tapi nak lagi adventure, bolehlah cuba rentas denai. Tapi ini khas untuk yang cergas saja sebab kalau tidak, habis waktu anda cuti nanti sebab balik hotel rehat picit kaki. Ada 26 laluan dan melalui beberapa pilihan kawasan — dari Taman Botani hingga ke Taman Belia. Untuk senarai trail ke atas yang ada, rujuk kat sini.
Tempat Makan

Bukit Bendera sebenarnya ada beberapa tempat untuk anda jamu selera. Dan setiap satu berbeza target marketnya.
Info kat bawah ini tepat hingga Julai 2024.
- Kota Dine Penang Hill – Ini restoran yang selesa, dan ada status halalnya. Best untuk gathering dengan pasangan atau member.
- The Loaf – Kedai yang dulunya dikenali sebagai kedai roti Jepun kini ada menyediakan lauk pauk dari sarapan, nasi hingga makan petang. Tiada maklumat taraf halalnya.
- Cliff Cafe (Astaka Bukit Bendera) – Medan selera 2 tingkat ini tempat makan terbesar kat Bukit Bendera. Sesuai untuk bajet semua. Ada peniaga berbilang bangsa.
- Kopi Hutan – Ini lokasi makan pagi yang viral sebab dalam suasana taman hutan. Tapi dikelolakan oleh non-muslim dan status halalnya tidak pasti.
- David Brown – Restoran fine dining di tepi bukit ini ada pemandangan lawa dan ia restoran tertinggi di pulau ini. Tapi ia hidangkan arak jadi bukan untuk kita.
- Sky Terrace – Di bawah kelolaan David Brown.Β
- Penang Hill Station Bakery – Ini kedai roti dan bubble tea. Tapi status halal tak pasti.
- Kommune – Cafe ini berada di hujung The Habitat. Status halal juga tak pasti.
- A & W dan Marry Brown – Untuk yang nak makan fast food, dua outlet ini tersedia kat atas bukit ini untuk dilayan dengan keluarga.
Datang waktu petang. Cuaca cerah je. Sampai atas hujan turunlah pula. Tak dapat nak pi mana2, jadi naik dan turun keretapi bukit ajalah. Laju oo.
Rabu 20/11/24
lawa tempat ni. tapi terlalu byk bisnes yg tidak perlu ada pun.tren pun dh moden.laju.
Terlalu teruk.. Xpayah pergi… Que bukan main panjang.. Train x effective langsung..
How they manage pon xtau ler.. Pikir lerr something untuk improve.. Tiket bukan murah..
Agak pricey jugak untuk view yg biasa2 which is boleh dapat kt cameron or other place..
Datang masa cutie SEKOLAH memang penuh.nak Naik atas pun tunggu 1 jam Baru dapat naik.
Kalau warga EMAS kesianlah kena berdiri lama.sampai atas view memang cantik.pemandangan pun superb.nampak pulau pinang dengan jelas.
Tiket kanak2 RM 6.dewasa 12 warga EMAS 6.murahlah.berbaloi dengan harga.tempatnye Luas.tak habis pushing pun.tak larat nak jalan dah.
Naik buggey RM 30 untuk 6 orang atau kurang sewa 1 buggey.bolehlah Naik pusing2 dalam 20 Minit.
Bawalah air mineral.malanan simpan dalam beg kalau tak boleh bawa Naik nanti.kat atas harga makanan Mahal la bagi sy.kalau boleh jimat kita jimat.haha
Dapat melihat keindahan alam, Penang, dari kawasan yang tinggi… Cantik. Naik buggy boleh pusing untuk tengok view cantik.
Harga makanan dekat kafe berpatutan. Cuma masa menunggu nak naik agak lama, Mayb sebab cuti sekolah.