bukit gasing

Kredit : haniehamdi

Bukit Gasing

Ini hutan tengah bandar. Boleh hirup udara bersih yang buat badan segar bugar.

Isi Kandungan :

Kawasan hutan membahagikan kawasan PJ dengan KL ini adalah kawasan yang boleh anda masuk dan buat trekking dengan family.

Ia sesuai untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan sukan hiking.

Boleh ambil feel dulu dalam kawasan yang boleh dikatakan selamat.

Kalau tak pun, ia juga boleh digunakan untuk trek berlatih untuk trip hiking anda nanti.

Treknya sesuai untuk semua usia. Jangan terkejut kalau anda dua tiga anak kecil potong anda yang termengah-mengah minta nyawa.

Cuma kena datang sebelum 8 pagi. Sebab kalau lambat, tempat nak parking kereta pun tak ada lagi.

Berapa Jauh?

Kalau anda ambil trek utama, masa untuk jungle trekking kat dalam ini dalam 2 jam pergi balik.

Ia ada signboard kat dalam hutan untuk anda ikut.

Walaupun keadaan signboard uzur, tapi masih berguna untuk pusing habiskan trek.

jambatan bukit gasing

Kredit : jaywong9407

Tips

  • Ada 2 pintu masuk ke sini. Hutan Pendidikan Bukit Gasing (di sebelah PJ) atau Taman Rimba Bukit Kerinchi (sebelah KL). Kedua-duanya tempat letak keretanya terhad.
  • Hutan ini besar. Dalam 100 hektar. Dan ia ada kawasan yang curam dan mencabar untuk yang berusia walaupun bertangga (dipanggil the Devil Staircase).
  • Pergi berkumpulan. Ikut trail supaya tak sesat dan buang masa. Kalau tak jumpa trail, buka mulut dan bertanya.
  • Sembur atau pakai losyen anti nyamuk kalau kulit anda sensitif. Jangan pakai baju warna gelap.
  • Akan ada hikers yang bawa anjing mereka bersama. Bersedia untuk itu.
  • Disebabkan tak ada kedai atau tandas di dalamnya, makan dulu sebelum datang. Bawa air, snek bar sendiri. Dan selesaikan hajat anda awal-awal.
  • Alternatif lebih selamat kalau anda rasa anda tak bersedia, tapi masih nak rasa suasana hutan ialah KL Forest Eco Park, 30 minit dari sini.

Jomjalan