Cara Melawat
Tiada kenderaan awam dibenarkan naik.
Untuk ke sini, anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda kerajaan. Kenderaan ini bergerak naik ke atas setiap 1 jam.
Sayangnya, servis 4WD ini tidak menentu/stabil. Ada waktu ia tiada kerana rosak, tanah runtuh, hanya utk mereka yg menginap dll.
Sejarah Bukit Larut
Bukit ini pada mulanya ialah tempat berehat pegawai-pegawai British di Malaya yang ingin melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika.
Apabila ia mula dibuka, akses ke atas cukup sukar. Mereka perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 13km, menunggang kuda ataupun menaiki tandu yang diusung.
Apabila Jepun mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Taiping sebagai pusat pemerintahan Perak dan Indonesia, Jepun menggunakan buruh-buruh paksa untuk menyiapkan jalan ke puncak bukit Larut. Jalan yang ada sekarang merupakan hasil air mata dan darah tawanan perang dan orang tempatan yang dikerah menyiapkannya.
Setelah British mengambil semula Bukit Larut, kegiatan pertanian strawberi, teh dan bunga telah dijalankan. Akan tetapi ianya gagal dan hasrat ini diteruskan di Cameron Highlands.
Pada tahun 2009, terdapat percubaan untuk menanam bunga tulip di sini. Sekali lagi, ianya gagal dan ladang ini ditutup pada tahun 2012.
Review
Jadi yang pertama beri review