Tinggalan Sejarah
Bila anda datang kat sini, anda akan nampak yang kesan sejarahnya masih terpelihara.
Antara ikon kat sini ialah rumah api putih binaan Belanda nya.
Selain itu, kalau nak tengok meriam lama, meriam kat sini elok terjaga.
Dan dalam banyak-banyak meriam, ada satu yang berbalut kain kuning. Ini namanya meriam Penggawa.
Kalau mengikut kata orang meriam keramat ini ada waktunya meletup sendiri bila keluarga diraja Selangor dalam bahaya.
Ada juga cerita yang mengatakan ianya meletup sendiri setiap kali ada pertabalan sultan Selangor yang baru.
Tujuh telaganya kat bukit ini pun masih ada, walaupun tak diguna sebagai sumber air macam zaman dulu.
Kat kawasan Bukit Melawati ini juga ada perigi Beracun.
Pada zaman dulu, tawanan akan dimasukkan ke dalam telaga yang dipenuhi air sehingga dagu.
Dan air telaga akan diletak racun dan miang buluh. Disebabkan ianya kawasan kubu, anda juga boleh jumpa Batu Hampar.
Ini tempat memenggal kepala musuh.
Selain dari itu, ia juga lokasi makam diraja 3 Sultan pertama Selangor.
Muzium Kuala Selangor
Kalau minat anda lebih dari ambil angin, ada muzium kecil yang boleh anda masuk.
Kat sini ada tambahan tinggalan lama β dari senjata sampailah ke wang dan info lanjut tentang sejarah Kuala Selangor.
Sejarah Bukit Melawati
Kat puncak bukit ini letaknya kota Melawati.
Ini kubu lama yang dibina kesultanan Melaka untuk lawan penjajah Belanda dulu.
Kubu ini jatuh ke tangan Belanda pada 1784. Tapi direbut semula oleh Sultan Selangor setahun kemudian.
Itu sebab anda akan nampak meriam di sekelilingnya.
Sebab fungsinya hampir sama macam A Famosa di Melaka atau Forn Cornwallis di Penang.
Tarikan Berhampiran
Kalau anda sudah kat sini, boleh juga pergi naik bot untuk layan Kelip Kelip, Sky Mirror ataupun Blue Tears. Taman Alam Kuala Selangor pun dekat saja.
Review
Jadi yang pertama beri review