Tentang Tarikan Ini :
Ini tempat memanjat dinding lagi satu kat Selangor — khas untuk anda yang nak buat aktiviti lasak untuk bagi gerak seluruh badan.
Bezanya, yang ini panjat dinding tanpa tali harness.
Jangan risau, lantai kat sini tilamnya tebal.
Kat sini tinggi tempat memanjat anda cuma 5 meter, tapi ada 80 route ke atas yang boleh anda cuba.
Tak perlu tinggi-tinggi sebab tanpa tali anda tak mahu cedera bila jatuh nanti.
Nak tahu route atau laluannya senang saja.
Ikut saja batu dengan warna sama.
Kat sini, laluan batu warna ini ditukar tiap-tiap minggu.
Jadi taklah bosan bila datang sekali lagi.
Dan sebab anda tahu yang minggu depan laluan sudah berbeza, anda akan kerah segenap tenaga untuk habiskan laluan masa anda datang ke sini.
Bantuan di Batu
Selain warna, batuan anda kat sini juga ada bintik padanya. Lagi banyak titik lagi susah laluannya.
Nak Pakai Apa?
Pakaian yang sesuai ialah macam nak ke gym.
Sebab anda bakal berpeluh dan ia perlu selesa dan stretchable sebab itu yang bakal anda buat masa memanjat.
Fasiliti Lain
Untuk tambah kuat badan, kat sini pun ada gym.
Dan buat hilang dahaga, ada kafe untuk lepak minum dengan member.
Barang berharga, kalau-kalau dibawa boleh saja simpan kat dalam loker.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Harga (RM) |
---|---|
1 Day Pass | 36 |
1 Day Pass (Off Peak) | 24 |
Starter Pack | 65 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024 |