Tentang Tarikan Ini :
Kalau Jalan TAR kat KL terkenal dengan baju Melayu, baju kurung dan jubah raya, kawasan butik baju kat Seksyen 7 pun hampir sama.
Bezanya kat Seksyen 7 Shah Alam, butik bajunya lebih kepada jenama online yang popular, yang viral.
Senang cerita, brand baru untuk orang-orang muda.
Jadi kalau anda dari luar Selangor, jangan terkejut bila datang shopping masa dekat raya.
Jem kawasan ini mengalahkan Jalan TAR teruknya.
Jenama Apa Ada?
Untuk anda yang nak jenama tekstil biasa — Ariani, Gulati’s, Euro Moda dan Jakel memang ada.
Tapi brand macam Minimalace, Jovian, CaryaZara, Sugarscarf dan berpuluh lagi jenama online milik orang Melayu pun dalam area yang sama.
Kalau lepas shopping baju duit masih ada baki, don’t worry.
Ada kedai-kedai emas dalam kawasan ini untuk tambah seri Aidilfitri.
Tarikan Berdekatan
Belum penat shopping?
Mampu senyum dan berposing? Okay, singgah kejap kat Laman Seni 7 untuk snap gambar dua tiga keping.
Sebab kawasan bergambar ini pun ada kat celah kedai-kedai ini.
Dan kalau betul nak cuti, iCity kat area sebelah saja.
Boleh masuk malam dan layan lampu LED, atau main air kat waterparknya dengan family.
Dalam 15 minit dari sini pula, anda boleh ke Masjid Shah Alam, Taman Persahabatan Jepun dan Zipline Shah Alam pula.