Nurseri kecil di Cameron ini ada banyak kaktus untuk anda beli. Dari si kecil yang berwarna-warni sampailah ke kaktus gergasi yang anda perlu bawa balik dengan lori.

Kredit : maher_anas
Dan kalau anda mahu mencari pokok bunga renek untuk ditanam di rumah, ini juga salah satu tempatnya. Bukan apa, pokok-pokok bunga dah siap berlabel dan diletak tersusun. Jadi tak sukar mencari apa yang anda mahu.

Kredit : aliffwaniarash
Nak merasa tanam lavender? Tak ada masalah. Ada banyak lavender yang di jual kalau tiba musim pokok bunga ungu ini mengembang.

Kredit : z.a.a.k.a.d.i.r
Sayangnya pekerja di sini tak mesra pengunjung.
Jangan banyak soal dan anak jangan dibiar berlari ke sana-sini, sah-sah kena sembur nanti.