LEBIH DARIPADA
1000 SPESIES KAKTUS
Menyimpan sekitar 1,000 spesies kaktus, dari yang hijau dan penuh duri kepada berbunga mekar, anda pasti ralit membelek pelbagai saiz kaktus yang dipamerkan di taman kaktus terbesar Cameron ini.
Taman yang dibina di cerun bukit menghadap pekan Brinchang ini dibuka seawal 8 pagi.


BANYAK KEDAI
Yang Berdekatan
Ia juga dalam jarak jalan kaki dari kedai-kedai di pekan ini.
Jadi selepas sarapan, anda boleh terus ke sini, melihat kaktus dari China dan Belanda dan membeli sedikit untuk dibawa pulang.
Antara tarikan yg terawal di Brincang. Dulu boleh nampak dari jalan tapi sekarang terlindung dek bangunan.
Tak banyak berubah keadaan/lanskapnya dan sekadar melawat utk mengimbau kenangan lama…
Bagi peminat kaktus, boleh melawat sini kerana kaktusnya sudah terlalu matang.. Saiz besar2.
Begitu juga dgn pokok2 bunga yg masih sama spt dulu cuma sudah berusia.
Harga masuk, dewasa rm10, kanak2 rm5
Tidak berbaloi dengan harga tiket masuk sebab tiada yang menarik di dalamnya…penjaga tiket tidak jujur dan menipu pada pelanggan yang ingin melawat big red strawbery dengan memaksa pelanggan membeli tiket caktus valley untuk naik ke big red strawbery sekiranya ingin parking kereta di depan cactus valley
Cactus valley yang semakin dilupakan..
Selalu semua singgah cactus 🌵 point je sebab cactus point tepi jalan je. Mudah nak nampak. Dan tiada bayaran masuk.
Tapi dalam ingatan masa lawatan sekolah ke Cameron Highlands masa darjah 6 ada lagi satu tempat cactus yang ada monumen batu cactus besar di atas bukit.
Ditakdirkan bulan Desember tahun lepas sebelum outstation dapat tinggal Di emerald green sebulan masa tu ternampak ada lagi satu tempat cactus ni. Bulan mei bila ada jodoh dengan Cameron Highlands lagi terus datang sini. Sambil tu mestilah ke Big Red Strawberry 🍓
Cactus valley ni terletak nak ke laluan Big Red Strawberry. Tiket nak masuk rm8. Bolehlah jalan jalan tengok cactus. Ada cactus yang lebih berusia dari saya 😅 nenek cactus pun ada. Berbaloi ke tidak? Tak boleh nak kata tak berbaloi sebab jika anda seorang peminat cactus pasti anda suka tempat ini. Tapi kalau bagi saya cukuplah sekali masuk buat rasa rasa, buat mengimbau kenangan zaman sekolah rendah dulu.
Siapa yang ke Big Red Strawberry pasti pernah jalan jalan ke sini kan ❤️