Isi Kandungan :
Untuk yang berjiwa muda, dan nak tambah cabaran sikit masa cuti kat Cameron, boleh la ke Cameron Valley Bharat Tea. Dan bila dah sampai sini, boleh sewa ATV untuk naik, dan masuk ke dalam ladang teh ini sendiri, sampai ke puncaknya.
Sayangnya kat atas ini memang tak ada apa-apa kecuali pemandangan ladang sahaja.
Dengan ATV, masa nak turun memang kena lebih hati-hati, sebab menurun, dan layan selekoh.
Disebabkan ATV ini bukan mainan, yang boleh naik cuma yang umurnya 16 ke atas. Dan macam biasa, kena tandatangan borang yang kalau jadi apa-apa, cik adik tanggung sendiri ya?
Tak berani? Tak ada masalah. Ada 4×4 yang boleh anda dan famili naik untuk masuk kat dalam ladang ini. Dan lalu lorong yang sama. Cuma akan pergi ke kawasan mini zoo. Inilah Adventurous Safari nya. Jangan salah faham yang tempat ini ada badak sumbu atau zirafah semua.
Tempoh masa naik ini tak lama, dalam 20 ke 30 minit sahaja. Tapi cukup untuk pengalaman sedikit berbeza kalau anda dah biasa bercuti ke Cameron dan asyik makan strawberry sahaja.
Waktu Operasi
Selasa – Jumaat : 10 pg – 6 ptg
Sabtu – Isnin : 9 pg – 6:30 ptg
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | ||
ATV | 50 | - |
4x4 Safari | 15 | 8 |
Pelancong Asing | ||
ATV | 90 | - |
4x4 Safari | 25 | 15 |