ORANG MUDA
Tambah Cabaran
Untuk yang berjiwa muda, dan nak tambah cabaran sikit masa cuti kat Cameron, boleh la ke Cameron Valley Bharat Tea.
Dan bila dah sampai sini, boleh sewa ATV untuk naik, dan masuk ke dalam ladang teh ini sendiri, sampai ke puncaknya.
Sayangnya kat atas ini memang tak ada apa-apa kecuali pemandangan ladang sahaja.


ENJOY PERMANDANGAN
Naik ATV
Dengan ATV, masa nak turun memang kena lebih hati-hati, sebab menurun, dan layan selekoh.
Disebabkan ATV ini bukan mainan, yang boleh naik cuma yang umurnya 16 ke atas.
Dan macam biasa, kena tandatangan borang yang kalau jadi apa-apa, cik adik tanggung sendiri ya?
MINI ZOO
Untuk Family
Tak berani? Tak ada masalah. Ada 4Γ4 yang boleh anda dan famili naik untuk masuk kat dalam ladang ini. Dan lalu lorong yang sama.
Cuma akan pergi ke kawasan mini zoo. Inilah Adventurous Safari nya. Jangan salah faham yang tempat ini ada badak sumbu atau zirafah semua.
Tempoh masa naik ini tak lama, dalam 20 ke 30 minit sahaja. Tapi cukup untuk pengalaman sedikit berbeza kalau anda dah biasa bercuti ke Cameron dan asyik makan strawberry sahaja.

Best! Pengalaman yang baru! Naik tu okay, turun tu serammm. Tiket pun murah, RM10/pax. Budak bawah 3 tahun percuma tak silap. Dekat atas boleh bergambar, dan ada buai gantung tu. Tapi tak naik buai sebab ada baby. Lepas turun boleh masuk mini zoo free.
Kalau korang nak pengalaman yg mencabar boleh datang sini. Ada kanak-kanak pun boleh. Sesuai je.
Kiteorg naik land cruiser ni boleh muat 10 orang tgk saiz juga. Budak-budak memang excited abis la.
Dekat atas tu kalau korang berani boleh la naik buai tu. Sis gayat hehe
Boleh duduk2 tgk view lepas tu turun dieorg akn bawak terus ke mini zoo. Harga tiket dh trmasuk sekali animal feeding.
Toilet dan surau ada dekat sini. Tempat nak minum teh pun ada. Parking banyak tak risau.
Untuk first timer bawa ATV, jangan set track dia biasa2 ea.. mmg agak adventure juga.. nak naik tu ok lagi.. tak rasa sangat.. nak turun tu mmg ada curam juga..
ATV dia well maintained cuma gegar tu ada lebih sikit sebab dah berusia juga kan.. ramai yang singgah sini untuk ATV ride..memang best.. sebelum nak turun boleh ambil gmbr dulu kat atas..
Jangan lupa ambil gmbr bnyk2 kat atas nnt.. dlm 20minit stop kat atas tu sebelum turun.. ππ»ππ»ππ»ππ»
Customer service memang out. Bila tanya apa beza harga tauke tu layan tak layan je. Yang jaga kaunter pun pening. Aku tunggu giliran punya lama. Sampai aku pelik kenapa nombor aku belum kene panggil? Rupanya dia salah tulis nombor. Pastu dia marah2 kat customer “eh, bukan dah naik ke?” . Padahal dia yang silap tulis nombor.
Bila dah naik pikap ke atas tu akan sampai satu tempat tu. Takde ape yang menarik. Boleh naik buaian. Itupun kene bayar 5 ringgit. Cas lagi kat situ. Dah naik atas tu tangkap2 gambar gitu je. Tak naik pun buaian tu.
Bila turun akan singgah kat mini zoo. Pastu keluar duit lagi nak bagi makanan kat binatang. Ok la, anak seronok sekejap.
Overall, aku tak akan naik lagi dah sebab memang aku rasa membazir duit. Memang tak bes. Dengan customer service yang hancur macam tu lagi. Mungkin sebab tak ada persaingan dia berada kat zon selesa. Kalau ada pesaing, aku rasa dah melingkup bisnes.
Conclusion….not worth my money at all!!!