OOTD
Ramai yang suka ke sini sebab dalamnya moden dan lawa. Boleh OOTD buat memori.
Lagipun masuk pun free. Pesan kami, kalau nak bergambar, lebih baik datang malam.
Sebab ia ada lampu-lampu yang buat gambar lebih cantik untuk follower kat IG.
Atau untuk disimpan untuk kenangan honeymoon gaya oversea.
Kedai Makan
Alang-alang kat sini, boleh makan malam kalau tak ada idea nak makan malam kat mana.
Ada kedai fast food macam Pizza Hut dan Marrybrown kat sini.
Kalau nak lepak, ia ada Starbucks, Family Mart, CU macam mall yang biasa anda jumpa kat rumah anda.
Dan untuk beli barang keperluan cuti, boleh jenguk supermarket Billion kat tingkat bawah untuk beli apa yang patut.
Signboard Hitam Putih
Sesetengah signboard kat sini — macam Family Mart berwarna hitam putih. Tak hijau macam biasa.
Sebabnya senang. Polisi syarikat Family Mart menyatakan yang warna hijau untuk signboardnya akan dibuat begitu untuk cawangan yang kawasannya ada panorama lawa alam semulajadi.
Sebab mereka tdak mahu warna hijau signboard mereka lebih menyerlah dari suasana hijau alam sekitarnya.
Kalau sesiapa nak makan di Cameron Centrum, saya cadangkan makan di Sinar Hijjaz.
Ini satu-satunya kedai yang ada tandas dan pelanggan boleh gunakan. Kedai-kedai yang lain, tak usah. Yang kunci tandas, yang kata tandas rosak bagai.
Makanan di Sinar Hijjaz pun tak kurang sedapnya; alhamdulillah.
Bosan tapi ‘mall’ paling moden kat cameron
Banyak kedai makan fastfood
Datang untuk bergambar jalan2 dalam 15minit ok dah
Cosy place to enjoy with your family & friends.
Foods, drinks semua ok sedap, banyak pilihan. Ada kids train juga, boleh la budak2 naik. Tempat nak duduk lepak pun byk.
Went there on wednesday night and it turns out very awesome. Ada byk kedaii so tak perlu pening2 makan kt tempat lain. Sejuk ofkos malam2 kabus bagai.
Harga makanan depends kedai masing2 ada mahal ada ok ok jee. Malam laa yg seronok sbb ramai sikit org and sejuuuukkk je haha.
And cantik la jgk ada byk hiasan2. Cuma tak byk port nak ootd je la.
Masuk xde bayaran pape, tapi nk main mainan kna beli token dkt mesin dgn harga RM10/token.. dkt bawah mall tu ada funfair. Seronok laa bawak budak²..