BUAT MEMORI
Jadi Baba Nyonya Sehari
CasaBaba Gallery ini tempat khas untuk instagram selebriti dan kaki selfie jadi Baba atau Nyonya kat kawasan Jonker Walk ini.
Kalau anda teringin nak pakai baju Kebaya Nyonya, dan nak bergambar dengan prop Cina Peranakan, ini tempat paling best yang ada kat Melaka.
Kalau kat muzium Baba Nyonya, anda tak boleh ambil gambar. Kat sini, lain. Ambillah gambar sepuas hati.
Yang lelaki boleh minta nak pakai Samfoo, yang perempuan boleh pakai kebaya. Dan boleh posing bergambar kat atas kerusi kayu berukir macam zaman lama-lama. Baju ada kat sini, walaupun pilihannya tak banyak mana.
SUASANA LAMA
Realistik Zaman Dulu
Bila kat sini, disebabkan ia bukan tempat popular untuk bergambar, tak ramai pelancong yang ada.
Jadi, boleh bergambar selama yang anda suka. Tak ada time limit, walaupun selalunya 1 jam sudah mencukupi.
Apapun, pada kami ini tempat best untuk bergambar kalau anda memang suka selfie. Sebabnya set asli begini anda tak akan jumpa lagi kat mana-mana negeri.
Review
Jadi yang pertama beri review