Pantai Cenang terkenal dengan motel yang selalunya bising dan kotor. Akan tetapi Cenang Plaza Beach Hotel bukan stereotype.
Sebab ia datang dengan kemudahan moden dan lengkap.
Sudahlah, pantai di belakang hotel, pusat beli belah pula di seberang jalan. Ini cukup menyebabkan hotel ini antara hotel pilihan bagi mereka dengan bajet sederhana.
Yang Baik
- Kemudahan bilik yang lebih baik dari kebanyakan penginapan di sini
- Bertentang dengan Cenang Mall
- Kedai makan, restoran sangat hampir
- Pantai dalam jarak jalan kaki
- Wifi percuma
- Tempat letak kereta percuma
Yang Buruk
- Room servis terhad
- Tiada sarapan
- Bilik menghadap Cenang Mall mungkin bising dengan muzik pada malam hari
Harga Bilik
RM 199 – RM 499
JomJalan Seluruh Langkawi
Tempat menarik kat Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami