Isi Kandungan :
Terletak di Jalan Tan Tun Cheng Lock, rumah putih ini tak boleh dimasuki, sebab ia rumah sebuah keluarga terkenal Baba Nyonya. Tapi untuk mereka yang minat senibina, ini antara tempat wajib tuju.
Lagipun ia memang dekat dengan tarikan lain seperti Muzium Baba Nyonya dan Muzium Perhiasan Cina Selat.
Dan ia hanya setentang hotel butik terkenal Melaka, iaitu Hotel Puri.
Mengapa Rumah Ini Special?
Kalau anda perhatikan, ia amat berbeza dengan rumah lain di jalan yang sudah terkenal sebagai jalan hartawan (Millionaire’s Row).
Walaupun pada zaman dahulu, hanya hartawan sahaja yang mampu membina rumah di sini, rumah agam Chee memperlihatkan kekayaannya yang luar biasa dengan gaya amat berbeza dari rumah yang ada di sini. Seolah-olah memperlihatkan yang dia jauh lebih kaya dari si kaya.
Ia dibina mengikut senibina Belanda yang asal (warna putih dan bukan merah) dengan pengaruh Portugis, British dan Cina. Untuk marmar untuk lantai dan cermin ‘istana’ Jalan Hereen ini, bahannya dikatakan diimport dari Itali.
Dan ia dibina oleh Chee Swee Cheng, pengasas bank Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).
Mengapa Rumah Kecil?
Itu yang ramai akan tanya. Kalau kaya ya amat, mengapa rumah-rumah di sini kecil?
Sebabnya ialah sebab mereka ini bijak-bijak orangnya.
Pada zaman itu, cukai untuk rumah dikenakan bukan mengikut saiz rumah. Tapi mengikut berapa saiz buka rumah (lebarnya). Jadi untuk mengelak cukai tinggi, mereka membuat rumah yang lebarnya kecil tetapi masih luas dengan cara memanjangkannya ke belakang.
Tiada Kaki Lima
Menariknya, tak seperti rumah lain di sini yang ada kaki lima, Chee Mansion ini bermula dengan laman yang luas.
Kaki lima yang ada di rumah sekitar ini sebenarnya diwajibkan oleh penjajah waktu itu, iaitu Sir Stamford Raffles pada tahun 1822. Ini sebagai teduhan dari hujan panas tropika Melaka.
Rumah ini tiada kaki lima kerana ia dibina hanya pada 1925 oleh Chee Swee Cheng sebagai tempat keluarga Chee berkumpul.
Harga Tiket
Tidak dibuka kepada umum
Hotel Pilihan Chee Mansion
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Casa Del Rio | Booking | Agoda |
Hotel Timez | Booking | Agoda |
1825 Gallery Hotel | Booking | Agoda |
River Cruise Hotel | Booking | Agoda |
Hotel Puri | Booking | Agoda |
The Blanc | Booking | Agoda |
Hotel Arissa | Booking | Agoda |
Muk Melaka | Booking | Agoda |
The Rucksack Caratel | Booking | Agoda |
Swiss Hotel Heritage | Booking | Agoda |
Fomecs Boutique Hotel | Booking | Agoda |