Chinatown KL

Tarikan Percuma

(4 review)

Chinatown Malaysia ini pasar barangan tiruan. Dan antara tempat tinggal awal bangsa Cina di Kuala Lumpur.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Petaling, Kuala Lumpur

PASAR CINA

Dan Warga Asing

Terletak 5 minit dari Pasar Seni, peniaga Cina dan peniaga warga asing memenuhi keseluruhan Jalan Petaling dari petang sehingga pagi β€” dengan jualan pelbagai jenis barangan β€” dari barang cetak rompak dan Rolex palsu hinggalah kepada buah manggis dan itik panggang.

Pasar KL ini selalunya sesak pada waktu malam apabila pelancong dan penduduk tempatan berduyun-duyun datang membeli pakaian berjenama tiruan, minyak wangi dan cermin mata hitam atau makan di restoran-restoran terbuka di sekitar kawasan ini.

chinatown kl
Kredit : sherryivy_

chinatown kl

UNTUK PEJALAN KAKI

Gerai Banyak

Sejak beberapa tahun lalu, Jalan Petaling ditutup untuk kereta, terlindung di bawah bumbung panjang dan ada dua gerbang Cina yang besar kat kedua-dua hujung jalan untuk menandakan pintu masuk ke pasar ini.

Tawar-menawar adalah benda biasa kat sini. Ia juga mungkin sebahagian daripada keseronokan membeli kat sini.

Tapi sebab kawasan ini terkenal dengan peniaga-peniaga yang kasar, anda perlu bersedia untuk bayar apabila harga tawaran anda telah dipersetujui oleh penjual.

Tips Pelawat

  • Jalan Petaling selalunya sangat sesak pada hujung minggu (daripada pukul 4 petang ke atas). Jaga dompet anda baik-baik.
  • Jangan tanya harga buah di sini kalau anda belum bersedia membeli. Apabila ditanya, peniaga biasanya akan terus mengisi beg plastik dengan buah tersebut dan meminta anda membayarnya.
  • Tempat ini mungkin terkenal untuk KL City Tour bagi pelancong asing. Tapi untuk pelancong lokal, ini bukan tarikan hebat mana.
  • Nak bergambar? Kat sini ada Kwai Chai Hong khas untuk itu.

4 review utk Chinatown KL

3.5
Berdasarkan 4 review
5 bintang
50
50%
4 bintang
0%
3 bintang
25
25%
2 bintang
0%
1 bintang
25
25%
1-4 dari 4 review
  1. Tak meriah seperti duluΒ².. di awal tahun 2000an.. sekarang majoriti pekerja Bangladesh jadi saleman untuk tourists

    (0) (0)
  2. Hri2 pergi pun tk jemu..bleh tgok gelagat foreigner dtg bercuti di Malaysia..brg2 jual pun murah2…beli souvenir pun murah2 sini..

    (0) (0)
  3. Masa pegi fefeeling nak bargain mcm Kat Thailand tp org local tu x banyak. So, diorang bg harga sana dgn foreigner yg nak shopping kat sana jg πŸ™

    (0) (0)
  4. Tempat shopping barang fake yang agak menarik. Singgah family bundle banyak baju bundle murah pelbagai pilihan.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Chinatown KL Chinatown KL
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)