PENGGEMAR COKLAT
Coklat Premium
Untuk anda yang gilakan coklat, atau nak cari coklat premium untuk hantaran kahwin, kat sini ada banyak piihan coklat sebegini.
Kalau nak yang premium dan hand made ada coklat Fidani.


DIBALUT KEMAS
Duty Free
Dah balut kemas.
Jadi tak pening nak gubah untuk majlis nanti.
Kalau nak buat doorgift, boleh pilih coklat dari Turki.
Harga coklat kat sini dikatakan duty free macam Langkawi.
Tapi pada kami, harganya standard biasa-biasa saja, cuma pilihan coklatnya ada banyak.
COKLAT DIIMPORT
Dari Overseas
Ada juga yang kata coklat kat sini ada beza rasanya dari yang kat supermarket.
Kalau dari ceritanya, coklat kat sini, macam Cadbury contohnya memang diimport dari UK dan Australia.
Jadi memang jumlah koko dia tak sama macam yang ada kat kedai area rumah kita.


COKLAT BERKUALITI
Boleh Bergambar
Senang cerita, ia coklat kualiti luar negara.
Dah puas shopping bolehlah bergambar kenang-kenangan.
Ada photo booth blok Reese gergasi dan juga pagar Hersey yang pertama kat Malaysia. Bagi simpan memori kat IG.
Hajat nak naik lake cruise putrajaya.. tapi tiket sold out.. jadi hati ini terluka.. ubat dia cokelat ah.. hehe.
Besaq kedai coklat.. tapi x la sebesaq mcm kat langkawi tuh. Banyak jenih coklat.. jadi kalau rasa nak beli tu.. buleh tanya dulu hat mana ada promotion or diskaun.. buleh la sep sikit kan. Beli satu dapat 2 ka.
Jgn ikut nafsu sgt.. bwk mengucap.. ikut cakap doctor.. kurangkan maneh2.. satg potong kaki wei.
#coklatputrajaya
Syurga coklat. Varieties of brands and type! Yang suka choc wajib singgah. I bought 5 types of choc, almost rm100.
Entrance betul-betul menghadap kaunter cruise putrajaya. Bawah masjid putra.