LORONG GUNDIK
Zaman Dulu
Kata orang, nama Concubine lane ini sebenarnya merujuk kepada zaman dulu, di mana tempat ini tempat orang kaya Cina menyimpan gundik mereka dalam pekan Ipoh.
Ada juga yang mengatakan yang kawasan ini dulunya milik hartawan bijih timah Ipoh, yang memberikan setiap satu dari tiga isterinya satu lorong kawasan rumah kedai yang ada sekarang ini.
Hah! Kaya tak kaya tu?


PASAR CENDERMATA
Melayu & Cina
Sekarang kawasan ini berubah wajah bila tiba hujung minggu.
Ia dipenuhi gerai cenderamata dan makanan lama dan viral untuk para pelancong luar Perak datang cuci mata.
Dari topi dan baju hingga ais kepal dan kuih titisan air mata, kawasan jalan ini akan mula sesak dari pukul 9 pagi hingga petang setiap hari.
Sebab lorong ini cukup ceria suasananya, dan menarik gerai-gerainya.
Taktahu nak ckp. Parking susah, dlm tu crowded tak bergerak langsung and dlm tu semua over price.
Taknak tutup rezeki org. Tp tak berbaloi 😌 but semua seller dlm tu so nice lah. …
Menarik, ingatkan lorong dia panjang tapi tak sangat. Banyak jugak makanan menarik dan souvenirs yang ada cuma kena bijak dan berhati hati memilih. Ada sesetengah tempat yang ada bau yang kurang menyenangkan. Overall nice 👍 …
Pergi Concubine Lane, mesti try Kopi Panglima 😍😍 Memang berbaloi, rasa dia memang ngam sangat.
Sampai repeat dua kali. Kalau mcm beg kraftangan, agak pricey juga dan banyak kedai jual kraftangan yang sama. Kena pandai survey dan dapatkan tawaran harga yang lebih rendah.
Souvenir macam keychain susah nak jumpa, magnet fridge je banyak kat sini.
Mochi ok gak, not bad, cuma intinya agak manis, kami pilih red bean mochi dengan strawberry syrup as topping.